Saturday 8 February 2020

Pemakanan time I pregnant

Assalamualaikum!

Ada orang request title kat atas ni. I dah janji nak share. I'll just keep it short & simple. I tau tak ramai yang suka baca panjang berjela. Hihi. So here we go!

Once I tau I pregnant je, I start baca everything pasal pregnancy & breastfeeding. Pemakanan, Do's & Don'ts and stuff. Bercakap tentang pemakanan, lagi-lagi time mengandung..of course la it has to be HEALTHY! Try banyakkan amal makanan-makanan sunnah, buah-buah and greens. Elak makan fast food macam Maggi tu. No I tak diet time pregnant sebab I fikir nanti nak kena berpantang and tak elok untuk baby. Kesian baby lapo.. Time pregnant Alhamdulillah I takda masalah keputihan, gula etc. I ada masalah hb rendah je.

1. Susu Kurma & susu HL



Susu of course penting untuk calcium you. I amalkan pagi & malam before tidur. Pagi tu sejam selepas I makan ubat barula I minum susu. Susu tak elok minum right after makan ubat. Susu Kurma I suka brand Farm Fresh. Brand lain tak sedap. Sorry. Susu HL pulak I suka sebab sedap, rasa macam ice-cream vanilla. Ada folic acid. These two je I suka. Awal-awal time I tau I pregnant, I beli susu pregnant: Frisomum Gold. Ya Allah, sumpah takleh telan. Bau je muntah. So I minum fresh milk je. Kalau you jenis susah minum susu, please...jangan selfish. Think of your baby. Ada kes cikgu I dulu, asal pregnant je gigi patah..sebab dia susah minum susu. Baby akan serap segala benda you makan/minum k. Contoh: your calcium. Susah sangat minum susu at least minum la perisa coklat ke strawberry ke.

2. Kacang as my snacks
Kalau boleh, cari yang mixed nuts macam ni. 


Time pregnant memang asyik nak mengunyah. Daripada makan kopok ke kepek ke yang banyak MSG tu baik makan kacang. Kacang elok untuk otak, boleh baca kat sini.

3. Kurma, kismis & Dried Apricots 
Selain kacang, I akan kunyah these 3. Kurma tu bagi tenaga. Macam I share kat I'm Pregnant tu. First trimester tu I alah teruk. Makan je muntah so I makan la buah-buah.

4. No sushi mentah & half-boiled eggs

Mixed bento! Fav I kat Sushi King

I pernah nampak tips nak senang bersalin, kena makan telur mentah. Like....what?????? Merepek! Sebenarnya, TAK boleh makan benda-benda mentah time pregnant macam sushi mentah atau telur mentah atau telur separuh masak. Why? Sebab ada bacteria. Salmonella bacteria. Baca selanjutnya kat sini.  Ngidam telur goncang-goncang kat roti titab tu ke...it's a no no! Nak sangat makan sushi, makan yang dah masak tu. Macam kat Sushi King, order yang Bento tu.

5. Blue Yakult
Blue yakult ni less sugar. I tak suka sangat yogurt so I akan minum Yakult je. Yakult ni minuman probiotics. Probiotics ni elok untuk elak you ada vaginal infection sebab ada good bacteria. Nanti I akan share pasal vaginal infection pulak since ramai kawan-kawan I kena and even myself. Ramai tak tahu pasal ni so I akan share. Nak malu apa kan...ilmu. Selain probiotics, you boleh amalkan makan bawang putih. Letak lebih dalam masakan you untuk elak infection. Time pregnant bahaya tau infection sebab takut infect kat baby you. Nanti baby you kena tahan sebab kena masuk antibiotics.  Time pregnant..most commonly, GBS atau Yeast Infection. Grrr...I akan sambung lebih kat topic vaginal infection nanti.
Group B Streptococcus also known as Group B Strep Infection (GBS) is a type of bacterial infection that can be found in a pregnant woman's vagina or rectum. This bacteria is normally found in the vagina and/or rectum of about 25% of all healthy, adult women. Women who test positive for GBS are said to be colonized.
Read more here: https://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/group-b-strep-infection/

Ubat / Supplement

Bab ni you jangan ikot sangat. Nak ikot please please please refer to your doctor first.

Since I kena alah teruk first trimester tu, I takleh nak telan ubat banyak-banyak yang KK (Klinik Kesihatan) bagi tu. Bau ubat tu 10000 batu pon I leh hidu and end up muntah. So I refer klinik luar tempat I scan baby. I pergi Klinik Primer Lembah Sireh, Kota Bharu. Doctor tu bagi I Ganilia & Maltofer Fol.

1. Ganilia



with Dr. Siti Sabariah

Ubat ni sumpah best gila! Why? Sebab TAKDA BAU, senang telan & COMPLETE!! Mostly orang amik Obimin tapi kalau amik Obimin kena tambah Neurogain untuk DHA. Kalau Ganilia ni tak payah. Ganilia ni ibarat Neurogain + Obimin. Moreover, elok untuk lactation skali...penyusuan susu ibu! Tapi, ubat ni menggelupur nak cari sebab susah nak cari kat pharmacy. I akan beli lebih setiap kali scan baby dari klinik tu.

2. Maltofer Fol



Maltofer Fol ni ubat untuk hemoglobin (hb) sebab hb I rendah. Since I alah teruk, doctor Klinik Primer tu bagi I ubat ni. Chocolate flavor and it's chewable. Rasa macam kunyah gula-gula horlicks coklat tu.

3. Iberet Folic

Yang ni I amik once I nak reach third trimester. Baby makin besar and ubat Maltofer Fol tu tak mampu nak naikkan hb I. So doctor bagi I Iberet pulak. Nak bagi ubat ni betul-betul berkesan betul-betul serap, kena minum ngan orange juice.

Ubat time pregnant ni TAK BOLEH skip tau! Lagi-lagi first trimester sebab baby tengah membesar. Lagi-lagi ubat folic acid tu tak boleh skip untuk elak baby cacat. I pon jenis susah makan ubat tapi for my baby, I korban. Actually folic acid ni elok amik 3 bulan before you kahwin. Yes, before kahwin pon you dah boleh start amik folic acid. Tu pon kalau you plan nak ada baby cepat la. Kalau you TTC (Trying-to-conceive) pon elok makan folic acid ni. Dulu awal kahwin I makan tapi I jadi montel sikit. LOL. So I stop makan.

4. Makan Hati Ayam atau Kerang atau sayur bayam
Since hb I low, ada nurse suruh I try makan hati ayam or kerang or sayur bayam (spinach). Yes, hb low pon bahaya time pregnant takut baby boleh mati dalam kandungan. Tu yang nurse cakap kat I.
Eat a lot of iron rich foods
Iron deficiency is the most common cause of low hemoglobin levels. The top iron rich foods include green leafy vegetables like spinach, beetroot, tofu, asparagus, chicken liver, pumpkin seeds, dates, raisins, jaggery and amla.
Read more here: how to increase hb

Try ikot yang ni. Dengar tu "Healthy Eating for a Healthy Baby"

Bukan time pregnant time pantang je kena eat healthy. Hari-hari kena eat healthy tapi kita manusia biasa. Nak gak makan sedap-sedap (tak healthy). LOL! Time I second trimester tu I balun makan macam-macam. Yela first trimester asik muntah je that’s why total naik berat badan: 20kg!!

Selain pemakanan, I nak share surah yang I amalkan time I pregnant. Time pregnant, kerapkan bagi baby dengar suara kita. Biar dia biasa dengan suara kita. Surah yang I amalkan:

1. Surah Yaasin
Macam time I TTC dulu, sebelum ayat "Kun Fayakun" tu I akan doa, I mintak moga kandungan I selamat, moga baby I sihat, Allah lindungi I & kandungan I..Permudahkan I bersalin. Yela, even just TTC sekejap je of course kita risau kan. Takut gugur ke, baby hilang dalam perut ke (banyak I dengar, which is scary). Nauzubillah. So, kita mintak Allah lindungi kita.

2. Surah Maryam
Ni untuk mudahkan process bersalin. InshaAllah.

3. Surah Yusuf
Ni I baca kat mana-mana article, amalkan kalau nak baby hensem/cantik...bukan muka je tapi inshaAllah akhlak yang baik.

Read more: Surah amalan ibu mengandung

Ok, rasanya ni je la yang I nak share kot. As always, I doakan those yang pregnant tu dipermudahkan urusan bersalin. Baby & you selamat. I doakan jugak yang belum dapat zuriat tu, Allah akan kurniakan zuriat....tak cepat, tak lambat tapi TEPAT pada waktu. Don't be sad, enjoy time berdua dulu ngan your husband, tengok wayang puas-puas...travel puas-puas sebab once dah ada anak your life will change 360! No more 8 hours sleep...nak dapat me time pon susah. So, always be grateful ok! Jangan dok fikir benda yang kita sendiri takleh nak control. Jangan dok fikir benda yang kita tak ada..sebaliknya sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...gituuu..cakap senang kan. Kbye 😝

3 comments:

Anonymous said...

Awak makan iberet sekali dengan ganilia ke

xoniisa said...

@Anonymous

Masa first trimester utk hb low doc bagi Maltofer. 2nd and 3rd trimester baru amik Iberet. Yes, ganilia whole pregnancy amik.

Anonymous said...

Ganilia dgn maltofer to ambik lain masa atau serentak sis?

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com