Tuesday 4 February 2020

Cara apply US Visa (Tourist)

Assalamualaikum readers!

Hari ni I nak share cara nak apply US Visa for Malaysian. Sebelum nak pergi US, sebelum nak book flight tickets to US, sebelum nak book tempat tinggal hotel and so on kat US, you kena apply VISA us dulu. YES, US visa kena buat dulu SEBELUM you nak book ticket. Why? Sebab takut nanti dah book ticket beriban-riban, last-last US Visa you kena reject. Tak approved.

Sebelum isi, you kena ada e-mail, standby document penting & kena pergi amik gambar dulu. Pergi kedai, cakap "bang, or kak...saya nak buat US Visa". Nanti kedai tu tau la ukuran tu macam mana. MAKE SURE:

  •  you mintak soft copy sebab nanti nak kena upload kat website tu. 
  • Untuk yang bertudung, make sure takda bayang-bayang tudung kat muka...you kena tarik kebelakang sikit tudung you sampai nampak whole kening. 
  • Tak boleh pakai contact lens berwarna or pakai cermin mata.
  • Yang free hair, make sure rambut you kat belakang telinga. YES, kena nampak telinga.

Banyak yang I lupa steps sebenarnya tapi InshaAllah I akan ingat sikit-sikit. US Visa ni kena mohon online je. Nak selamat kena guna laptop sebab agak complicated. Tak disarankan buat guna fon. Actually, kita masuk je page tu...akan ada step by step cara nak mohon Visa.



STEP 1
Pergi ke website ni: https://www.ustraveldocs.com/my/

Kalau first time, click YES.

Klik "non-immigrant" 

Ni dia dah bagi steps sebenarnya cara-cara nak mohon US visa.

Visa ni banyak jenis. Untuk mohon visa pelancong, kena mohon B1 visa. 

STEP 2: Isi borang DS-160

Klik "start an application"

Application ID ni sangat-sangat penting! You kena snap gambar ke tulis kat mana-mana ke takut lupa. Soalan tu you pilih la mana yang berkenan. Ni untuk future reference kot you nak update apa-apa pasal visa. 

Then click "continue". Isi la borang tu. Macam-macam soalan dia tanya. Soalan yang dia tanya tu sama macam time interview nanti. So, you tak boleh tipu. Instagram, Facebook segala social media you pun kena tulis. 


STEP 3: Pembayaran

Pembayaran kena buat dalam RM & tak boleh refund! So sebelum bayar tu kena double check information kat borang tu. 

Ni options pembayaran. Boleh bayar cash kat bank atau jomPay. Macam I, I prefer jomPay sebab leceh nak pergi bank bagai. I guna maybank2u je. 

Ni contoh bayar guna JomPay. Biller code tu 5116 macam stated kat deposit slip. 

Ni contoh MRV Fee Payment Receipt.  Resit ni you kena print and bawak time interview. Just in case....

Macam I, I apply for 2. I apply untuk I and anak I. So, skali payment je. Dia akan bagi total amount berapa nak kena bayar. 

Ni contoh.





STEP 4: Pilih tarikh Temuduga /  Interview

Time nak pergi interview tu Alhamdulillah sangat dipermudahkan. I tak payah beratur panjang pon sebab I bawak baby. Time kat dalam pon tak payah beratur, dia suruh I duduk je nanti dorang panggil sebab I bawak baby. 

Selepas payment semua, you kena pilih tarikh interview. Kat situ akan stated bila 1st date available. 

You pilih la date & time. 

Selepas pilih tu, akan keluar macam ni. Interview Appointment Confirmation Letter. Ni pon kena PRINT & bawak time interview. Time tu, macam I pukul 09:15. Kena datang sharp...tak boleh awal sangat. 09:15 tu bukan masa interview tau. Tu masa beratur. 

Document delivery tu, you pilih la nak amik kat office ke nak hantar ke rumah. Me, Visa I dorang hantar ke rumah je senang. Dalam masa 2-3 hari  macam tu je dah dapat. 

Ni DS-160 confirmation page. You kena PRINT & bawak time interview. 

Ni list apa yang kena bawak time interview. Kalau bawak baby, bawak sijil lahir Original & photostate. Kalau nak visit husband keje sana ke, provide support letter. Untuk yang bekerja, I tak sure kena bawak apa, sorry.  Heeeee.

STEP 5: Interview


Kalau bawak baby, better you bawak baby carrier. Tak advisable bawak stroller sebab nak kena lalu security & kena naik tangga kat embassy tu.  

Untuk orang Sarawak macam I or orang Sabah. Bertabah la ye sebab nanti interview kena book flight pergi KL. Interview US visa ni for Malaysian ada kat KL sahaja. Nak masuk dalam embassy tu strict sikit. Scan macam kat airport. Tak boleh bawak fon kat dalam. Nanti time interview, dorang akan tanya (in English). Time interview I dapat interviewer American. Like I said, soalan sama macam dalam borang:
  • Berapa lama pergi US?
  • Buat apa pergi US?
  • Bila plan pergi US?
  • Sape bayarkan?
  • Kat US ada sedara-mara tak?
Time tu I bawak support letter my husband sebab purpose of visit I ke US is to visit my husband. Dia tanya lagi "is he American?". I cakap la No. Then dia baca la support letter tu dalam 5 saat then terus dia cakap "Ok your visa is approved." I pergi interview 16 october. Dorang hantar visa ke rumah 19 october. Syukur Alhamdulillah. 



















0 comments:

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com