Sunday 8 July 2018

Welcome to the world, my baby girl!

Assalamualaikum uols!

Fuh! Sejak jadi mommy ni, tak sempat nak update pape and I don't even have time for myself dah. Tapi Alhamdulillah dah puas berehat for 2 years, now I am blessed with a daughter! Hari ni I nak share experience I bersalin my baby girl, Ungku Nayla.



31 May 2018
(38weeks 5days)

Since its my first pregnancy, I takde pengalaman lagi nak rasa macam mana contraction tu or rasa nak bersalin tu. Pagi I rasa sakit perut sembelit. Rasa nak membuang sangat-sangat tapi takleh. Tak terlepas hajat. HAHAHA...sebab I baca kat group Kelab Ibu Hamil, Info Ibu Hamil kat FB;  tanda nak bersalin pon rasa nak membuang. So, I takut nak teran. Time preggy memang macam-macam I baca. Dari ilmu breastfeeding, do's and dont's time preggy, experience bersalin and so on. I confused between Brixton Hicks / contraction palsu ke or real contraction.

I baca tanda-tanda awal nak bersalin selain pecah air ketuban, keluar lendir+darah, contraction kerap

1) Kerap rasa nak membuang tapi tak membuang pon.
2) Perut mengeras - ni I takleh nak detect sangat sebab I tak tau rasa mengeras tu mcm mana. LOL
3) Cirit-birit

Me? I rasa kerap nak membuang je. Hari-hari I doa so that I dapat tanda-tanda awal bersalin. I doa sebab I nak my husband teman I kat labor room since its our first baby. My hubby kat Ganu and it takes about 8-9hours journey (by car) untuk balik JB. 34weeks preggy I dah balik JB dari Ganu sebab I takut nak balik lambat-lambat kang terberanak pulak. 36weeks I dah pack untuk check in hospital.


Ok. Since pagi tu I dah rasa lain macam, I wassep member-member I yang dah jadi mak-mak. I tanya experience dorang. Sampai petang I leklu sebab yela takut false contraction je kan.  I wassep nurse yang selalu check I kat RSAT, tanya this and that tanda nak bersalin dah ke. Dalam pukul 3 ke 4 pm macam tu, I pergi hospital..sebab nurse cakap try check je kot dah bukak jalan.


Ni conversation I ngan nurse tu. 

Skali dah 3cm! OMG! I dah cuak giler sebab kena tahan ward. I tak ready mentally lagi kot. wakakaka. Uhmmm, check jalan tu...rasa ngilu jek.


Ni la ward I dok 1 malam, kat HSI. Ni ward second class. HSI takde ward First class. 
Kalau hospital government, boleh request nak 1st class. Just tunjuk je GL u or your husband & it's FREE!!! Time ni I sorang-sorang je dalam bilik ni. Mula-mula takut gak sebab hospital kot, seram gak. wakakaka. Tapi takde la seram pon, sebab nurse selalu keluar masuk pantau kita. Bilik ni ada 4 katil 2 toilet and bilik mandi. 


Dalam pukul 5:00pm macam tu I kena tahan. I terus call my hubby suruh balik JB. Kesian dia kena berbuka dalam kereta and gerak time malam. Masuk je ward nurse akan pantau kita & baby. Dorang akan check CTG, jantung baby, bp kita etc. My friend cakap yang hospital tempat dia, doctor or nurse akan check berapa cm bukak setiap 6 jam tapi kat hospital ni takda pon. Sampai la esok pagi tu I mintak doctor check jalan. Skali still 3cm! Sampai la petang 2:00pm, still 3cm jugak. Makin la rasa tak sabar nak bersalin sebab dah keras giler nak tunggu lama-lama kat hospital. I buat squat, jalan-jalan kat ward tu. 

1 June 2018
(38weeks 6days)

4:00pm - I kena tolak ke Labor Room (LR). I tengah mamai actually time nurse cakap nak tolak pergi LR sebab I tengah nap. Nurse suruh call hubby kalau nak hubby temankan. Masuk je LR, I terus bagi tau nurse I nak kencing but sadly...once u masuk LR, takkan boleh berak and kencing normal dah. Tak boleh turun dari katil dah! Kalau Iols tau, I kencing siap-siap!! Nak kencing, nurse akan sedut dari pundi kencing pakai tube. LOL! I tak tau apa medical term for that but goshhhh, TAK SUKA giler sebab rasa ngilu and tak lawas! 

4:15pm - Nurse pecahkan air ketuban. Still, I tak rasa sakit. Still, 3cm. My hubby pon masuk LR. Weols sembang-sembang. I still boleh gelak-gelak. Orang cakap kalau contraction betul tu, nak senyum pon tak boleh. 

5:00pm - Start rasa nak membuang tapi tak sakit sangat la. Boleh sembang lagi. Bukaan pon 4cm jek. Nurse cakap 1 jam, 1 cm. Gosh....stress jugak nak tunggu bukaan bukak. Sakit contraction tu selang 5 minit. 

7:30pm - I rasa contraction betul-betul. I start pejam mata and teran sikit (mcm nak membuang sangat-sangat). I sedut sikit-sikit gas tahan sakit tu. Time ni I sorang-sorang dalam LR sebab semua tengah berbuka. My hubby pon berbuka dalam kereta sebab dalam LR tak boleh makan.. Doctor yang pantau pon tanya I, nak tambah inject tahan sakit kat peha tak. I cakap TAKNAK! Tak sanggup dah nak cucuk! I sedut gas Entonox tu je. 

8:00pm - Time ni I kena induced. I start rasa sakit sangat sangat sangat! Dah tak mampu nak sembang, senyum. Bukaan baru 5cm tapi I dah start teran kaw-kaw! I sedut gas tu sampai lalok giler. Sakit tu rasa sembelit teruk giler-giler! 

Sepanjang contraction tu, I zikir:

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Maksudnya: “YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
ngan zikir 

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin
 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
 Artinya : “Tidak ada Yang yang sesungguhnya disembah tetapi engkau, ya Allah. Tulisan Suci engkau, sesungguhnya saya yakni dari orang yang membuat zalim.” (QS Al-Anbiya’ : 87)
Actually, tak boleh teran selagi tak 10cm but I dont care!!! Sakit kot! I imagine toilet rumah je. Wakakaka! I start jerit sikit sebab rasa lega kalau jerit. Jerit pon tak boleh actually but still, I dont care!!! Doctor siap marahkan I sebab I jerit and doctor suruh my hubby amik gas tu dari tangan I sebab I over sangat sedut. Time ni I rasa separuh nyawa. I rasa nak give up, nak czer jek. Nasib baik my hubby temankan I kat LR. Dia cakap "sikit lagi sayang". Tu la word yang kasi I semangat. Doctor and nurse pon cakap "haaa. sikit lagi. pandai la dia teran" hahaha!! pandai sangat. Padahal tu nak kasi I semangat jek. 

8:44pm - Alhamdulillah, NAYLA selamat dilahirkan secara normal! Baby keluar tak lega sangat lagi. I still lalok. Once uri keluar baru la lega sangat! Time jahit tu tak rasa pon sebab still, lalok. HAHA. Oh by the way, I takde nak terkam-terkam, marah-marah husband pon sebab tak mampu nak buat semua tu! HAHAHA. I genggam kuat-kuat besi katil hospital je. 

9:10pm - Doctor check baby. Doctor suruh breastfeed baby. Sejam lepas bersalin memang kena suruh baby nyonyot. Hospital government memang encourage breastfeeding sangat-sangat! Baca experience breastfeeding sini. Alhamdulillah Nayla pandai nyonyot! LOL. Sebab tu pentingnya tahnik (letak kurma sikit kat lidah). Tu pon training baby untuk nyonyot. 

Before bersalin, I paling takut jahit. Orang cakap tak rasa apa pon, contraction lagi sakit. For me, ye contraction sakit tapi dah settle baby & uri keluar, semua lega! TAPI JAHIT??? Torture gila kot! Dah la katil ward I tinggi. Nak tido tak boleh, baring tak boleh. Nasib baik Nayla tak meragam time malam tu. Since I teran 5cm, I kena gunting. Medical term: Episiotomy. 

2 June 2018 - Dah boleh discharge! Baby free from G6PD, kuning (at first). Baby kena detect kuning few days after. Nurse yang datang rumah and pantau kita tu akan check jahit ok tak, baby ok tak. Sebab tu bestnya government, semua FREE siap nurse pantau lagi 2 weeks kat rumah. 

At first I nak bersalin hospital private since I bersalin negeri suami I, bukan negeri I. But then I fikir balik, kesian suami. Ramai orang cakap suami lebih dari mampu but, still... I kesian. Maybe that's why Allah permudahkan sangat-sangat kot. Takpe, next baby iols try pulak hospital private. LOLOLOL! Alhamdulillah, pape pon Hospital Sultan Ismail (HSI) terbaik! Staff baik, ward bersih, doctor pon peramah. Takde pon doctor pelatih serbu masuk...seperti yang dibawang-bawangkan kat media social. 

Alhamdulillah, lahir 1 June, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari TUDM 





The End






Read More

Friday 6 July 2018

Barang Keperluan Baby - updated (what do I really need!)

Before ni I ada share pasal barang -barang keperluan baby. TAPI time tu I tak bersalin lagi and that time berdasarkan tanya orang ngan google je. This time, I akan share apa yang betul-betul perlu based on my experience so far.


FEEDING

1. Botol Susu
I pakai botol MAM. Nipple botol ni orang jual tu cakap lebih kurang macam nipple manusia. LOL. Nipple manusia ek. Alhamdulillah, Nayla tak nipple confused. Nayla guna botol kalau my mom/hubby jaga dia time I mandi or buat keje. Nayla tak suka sangat botol, dia suka ngempeng. HAHA.

2. Botol for milk storage 

I pakai botol Pigeon ngan Pureen. YES I PAM DALAM PANTANG. Yang I belajar, tak elok pam takut oversupply. Alhamdulillah tak pon. I pam dalam pantang sebab Nayla kuning kejap. So I nak tau berapa banyak Nayla dapat susu sebab kalau kuning kena kerap susu & berak. Kuning kena susu setiap 1 jam. 

3. Breast pump

I pakai Pigeon gak. Actually, I beli satu set sekali ngan storage bottle, breastpad, sterilizer. time baby fair. I beli yang single pump. I cuma housewife je, watpe nak beli double pump kan. 

4. Bantal nursing

I tak pakai as nursing pillow pon. HAHA. I pakai untuk letak Nayla and awal-awal dulu untuk I duduk dalam kereta sebab jahit sakit weyh dok ulang alik klinik check baby kuning. 

5. Bottle Brush

Dah ada bottle, of course perlu bottle brush! 

6. Thermos (for me sebenarnya. LOL)

sangat tak perlu! 

7. Sabun basuh botol

I pakai Sleek. 

8. Tempat gantung botol

Tempat letak pinggan mangkuk I terhad, so I need it. 

9. Sterilizer 

Perlu untuk bunuh kuman gitewh. TAPI JANGAN BELI YANG STEAM! Beli yang UV. Takyah nak keringkan. Leceh giler kot nak lap balik. I salah beli. KBYE.

10. Nipple shield

TAK PERLU!!! Membazir je beli. Ke I salah beli size. Ntah la. TAPI sumpah takyah beli! Baby ibarat hisap angin jek. 

11. Baby Bibs

50/50. Kalau baby dress up lawa-lawa, I akan pakai. Tapi kadang malas. I letak kain kecik jek. 

12. Nipple cream 

I pakai Palmer's Nursing cream. SANGAT RECOMMENDED! Tak perlu cuci pon kalau baby nak nyonyot. Selamat. Pastu cepat je elok nipple crack. Pedih weyh kalau kena nipple cracked. Tapi tu la, bau dia I tak suka. 

13. Milk Collector 

I beli kat Lazada jek. Kalau I pam tu, I akan tadah breast sebelah ngan Milk Collector ni. Sebab kalau baby hisap or pump  sebelah, sebelah akan menitik. Awal-awal dulu time baby hisap, I akan tadah.. sebab sayang. Tapi lama-lama I malas. HAHA. Susu sampai terbuang sebab Nayla kuat menyusu. I pakai breastpad jek. 

14. BREAST PAD!!

Ni I tak masukkan dalam list dulu. Ingatkan tak penting sekali PENTING GILER! Rimas gak ah kalau susu asik menitik. I pakai Pigeon, Pureen Basic ngan TollyJoy. Tapi Pureen Basic the best la!


**************************************

GROOMING / BATH

1. Emergency Kit 
So far I tak pakai lagi, cuma standby je la kan. Nama pon EMERGENCY kit. 

2. Pampers

Nayla lahir 3.06kg jek. So far 3 packs pampers size NB lagi. I pakai Drypers Touch. Nanti nak tukar S dah kot sebab Nayla dah 4.59kg and cepat bocor. Any suggestion nak tukar pampers apa tak? Selain Mamypoko. 

3. Bath tub
Penting. I tak mandikan baby kat sinki sebab takut licin. I pakai yang bathtub IKEA. Ada getah so dia anti-slip. 2 weeks lepas bersalin I dah mandikan baby sendiri dah. I letak bath tub atas jamban. 

4. Set Mandi 

Awal-awal I pakai Sebamed Trial set. Tapi tak wangi. LOL. I tukar Pureen. Tu pon sebab dapat gift from my friend. 

5. Baby Oil
Uhmmm... I tak pakai sangat pon.

6. Changing Mat
PERLU! Tapi disarankan beli size besar sebab baby cepat besar & kencing berak kadang tetibe jek once bukak pampers. Tetibe and bersepah. LOL

7. Towel
PERLU la of course. 

8. Laundry Detergent

Mula-mula I pakai Pureen ABD, now I pakai Tollyjoy. Dua-dua ok jek.

9. Nail Clippers
I tak potong lagi. Tapi orang cakap newborn better guna gunting. So, u beli jek grooming kit. Memang ada sepit kuku, gunting baby, hairbrush, sikat rambut etc.

10. Baby Wipes
Penting tapi tengok brand/jenis jugak. Takut kulit baby sensitive. TAPI once dah guna baby wipes, I akan spray pakai air biasa and guna cottonball. 

11. Baby Hair Brush 

Before cukur je pakai, ni rambut tengah kurang. 

12. Baby Q-tips 
Perlu. Tapi kadang I pakai je yang biasa. 

13. Nasal Aspirator
So far Nayla Alhamdulillah sihat lagi. Tak pakai pon. Yang ni ada sekali dalam emergency kit.

14. Nappy rash cream
I pakai Sudocream mula-mula but then lama-lama tak berkesan. I tukar Drapolene baru ok. 

15. Cotton Ball
Penting after u kesat guna wetwipes. 

16. Baby vicks
Sama macam nasal aspirator. Tak pakai lagi. I pakai minyak Yuyee jek. 

17. Tempat sidai baju baby 
I beli kat LAZADA. Perlu sebab I taknak campur ngan baju I. G pon nak sidai mitten, socks yang kecik-kecik tu senang. 


****************************************************

CLOTHES

1. Barut
I beli kat shoppee. Sangat recommended sebab material tak lembik. Tak mudah bergulung.

2. Bedung 
I beli yang bamboo cotton kat IG. Sejuk giler & my dad belikan Aden + Anais swaddle.
 

3. Baju pendek/panjang
For me, TAK PAKAI pon. I prefer rompers/sleepsuits. Baby kena siapkan cepat-cepat kalau tak melalak. So, I suka yang sekali sarung jek. 

4. Infant hats
Nayla tak suka pakai. LOL

5. Mitten/sarung tangan
Awal-awal tu better cari yang ada getah. Kalau tak, asik tertanggal jek.

6. Socks
Pon sama kes macam mitten.

7. Baju / seluar net 
Tak pakai pon. Leceh nak sarung 2 kali. 

8. Rompers panjang/sleepsuits
Recommended!

9. Rompers pendek
Recommended!

Kalau spend kat Mothercare more than RM400, boleh apply jadi member. Dapat 10% discounts!



*************************************

BABY GEAR

1. Stroller  
My dad belikan Combi. Boleh facing parent. I tak pakai lagi sebab tertinggal kat JB.. My mom cakap letak baby dalam stroller je dulu kalau tak beli katil lagi sebab baby nak kena sentiasa ada depan mata or dekat ngan kita. Lagi-lagi kalau kita and baby je kat rumah. Bagus gak idea my mom tu, boleh ajar baby "suka" naik stroller. Lenguh gak tangan kalau dukung lama-lama. 

2. Carseat 
Tak beli lagi...heeeeee

3. Carrier 

Pon tak beli lagi. Alang-alang beli carseat je terus kot

4. Tilam/Bedding set/babycot
Tak perlu. I beli BABYNEST je. Tapi tu la, awal-awal jek baby nak pastu taknak dah. Nak kat lengan I jugak the best. Wakakaka. 

5. Diaper bags
Penting! Sebab nak bawak pampers, baju, changing mat and so on! Backpack biasa pon boleh. Or tote bag. I beli yang colorland kat IG. Dapat free changing mat. 

6. Hooded Blanket 
Perlu. In case you kena keluar rumah untuk ke klinik ke pindah tempat pantang ke. Elak panas or aircond terlalu kuat. 

7. Playmat / gym mat 
Tak perlu sebab baby tak nampak lagi. TAPI my friend ada hadiahkan gym mat untuk Nayla. Tulis kat situ, 0-36 months dah boleh pakai. Kalau awal-awal tu untuk pendengaran kot. Tunggu besar sikit perlu kot untuk dia belajar. 



THE END
Read More

Wednesday 13 June 2018

I choose to breastfeed (bf) Nayla.

I choose to breastfeed (bf) Nayla.

Dulu ingatkan nak bagi susu badan ni senang. Just selak and bagi baby nyonyot. NO! It’s more than that! That’s why i gali ilmu pasal breastfeeding ni sejak awal pregnant lagi. Bukan dah bersalin baru gelabah and terus cakap “susu takda”.

Nak bf ni tak boleh cepat give up. Me, awal2 lepas bersalin tu i rasa nak give up jugak tapi just 5%. Dari awal preggy i dah berniat nak susukan baby ngan susu badan. Banyak kelebihan susu badan ni berbanding susu formula.

First of all, semua orang berhak memilih. I tak condemn susu formula. Nak bagi fm, it’s your own choice. Janji anak sihat kan? Ada orang bagi formula sebab nak miss b maintain in shape (pentingkan diri, kesian baby...lol), ada yang bagi fm sebab susu takda (ada sebenarnya, tapi kurang ransangan & cepat give up)

Kenapa i pilih bf; sebab

1) Allah yang bancuh. Pape ciptaan Allah semuanya terbaik

2) Elok untuk antibody anak

3) Jimat

4) Dalam Al-Quran pon ada sebut pasal susu ibu, sampai kena cari ibu susuan incase si ibu ada masalah.

5) Since i housewife je, 24hours ngan baby.. better skin-to-skin je.

6) I travel a lot....like A LOT! Kalau tak by road, by air. Most of the time I travel sorang by air. I malas nak serabut angkut barang banyak-banyak sebab I sejenis manusia yang kalut. LOL

Here goes my bf journey so far. Nayla lahir 1st June. Bebas jaundice. Since i bersalin gomen jek, keluar je ward..nurse akan pantau kat rumah plak untuk check baby & me. Nayla kena detect demam kuning/jaundice on 3rd June dengan bacaan 9.

Of course, baru lepas bersalin memang susu tak meriah. Kalau tak study psal susu badan. Memang otak akan cakap “SUSU TAKDA” then terus give up ngan bagi fm, which is so sayang sebab baby tak stimulate/hisap bagi susu keluar. Actually, semua preggy mom ada susu. Awal2 memang tak nampak susu tu & tak meriah; which is called collustrum. Collostrum ni sangat2 elok untuk antibody baby. Texture pon pekat likat sampai memang tak boleh pump or tak nampak. Tapi bila baby dah nyonyot tu akan stimulate susu untuk keluar. Lagipon Nayla keluar awal. Expected due date on 10th June. Maybe that’s why la kot lambat meriah.

Ok since baru keluar collostrum je, kuning Nayla makin naik next day tu. Naik 14. We refer klinik swasta pulak. Hari ni hari paling mencabar & sedih sangat sebab bacaan tinggi. Nayla pon sampai nak kena warded & i tak boleh teman. MEMANG TAK LA NAK BIARKAN. So nurse suggest bagi fm. I sangat berbelah bagi sebab i nak sangat bagi susu badan. Tapi daripada nak biarkan Nayla kena warded, i terpaksa mengalah and relakan jugak Nayla kena sumbat fm.

Bila tengok nurse sumbat susu fm. Hati i luluh. I rasa mcm i failed je jadi ibu sebab tak boleh bagi susu badan. Yes, time ni i rasa give up yg cuma 5% tu. sebab mlam before check tu i dah bangun every hour just to feed Nayla. Demam kuning ni memang baby kuat tido and susah nak kejut. So i tak tau Nayla cukup ke tak dapat susu i. Tapi apa yg i study, as long as baby berak & kencing... that means ada la susu badan.

Tu la swasta2 ni. They don’t really encourage mothers to breastfeed their babies. Kalau gomen, memang diharamkan susu formula tu. Mana2 dinding kena tampal no bottles no formula. Botol diharamkan takut baby nipple confused. Even doctor & nurse gomen pon suruh kita susukan anak ngan susu badan sejam selepas bersalin.

On 4th June i terpaksa jugak la bagi fm. Bagi fm pon i tetap dfkan Nayla. Sampai la next day check balik turun 11. TAPI since bagi susu fm, badan Nayla naik rashes merah2. Again, hati i luluh tengok dia gitu.. Since naik rashes, i xnak dah bagi fm. SEBAB TU I TAKNAK BAGI FM! sebab sekarang macam2, susu tiruan la ape la.

Then next day naik pulak 12. Susu badan dah start nak menitik sikit2. Since then, i pam je (sbernarnya tak elok pam dlam pantang & tak elok bagi susu botol..based on apa yg i dah belajar). I pam sebab nak tau brape oz yg Nayla dapat. Kalau nyonyot je tak tau berapa banyak dia dapat sebab dia kurang sangat bangun, nak tdoq jeeee!

Then الحَمْد لله setelah seminggu, susu meriah. Berkat i keep on df Nayla gak kot & I nekad bangun every hour setiap malam setiap hari dfkan Nayla. الحَمْد لله turun 9 then 6. Since refer kuning kat Klinik Kesihatan, ramai jugak yg pergi check kuning baby. Ada sorang ni suggest i minum susu kambing + kurma untuk turunkan kuning baby since i bf. So i minum la & hari2 makan sup lobak putih as milkbooster.

And again الحَمْد لله, kuning baby turun 4 and Nayla dah free to go! Tak perlu dah ulang alik amik darah check kuning, pity Nayla. Alhamdulillah Nayla tak nipple confused sebab dah intro botol awal. Nayla is a strong girl just like her name. Setiap hari bisik kat Nayla, “we can do this”! إن شاء الله i akan bfkan Nayla sampai 2 years. Even tak mampu nak sampai 2 years pon (tapi إن شاء الله mampu) at least Nayla dah dapat susu badan i. Hihi. Semoga dipermudahkan.

To be honest, lain giler rasa bagi fm & susu badan skintoskin/df. To mommies out there yg belum breastfeed baby, gali ilmu and try bagi susu badan untuk next baby..u akan tau apa yg i maksudkan. Mindset kena always positive kalau nak bf baby & kena surround urself ngan mommies yg bf their babies. And most importantly, SUAMI KENA SUPPORT! الحَمْد لله my husband support i untuk bf. Even my dad pon encourage i untuk bf baby.

Nah belanja gambar Nayla Full.


 

 Related Post: Road to 2 y.o
Read More

Thursday 26 April 2018

Barang Keperluan Baby

Hi uols, Ni I nak share barang-barang keperluan baby. Kalau anak first mesti banyak giler barang nak beli kan? Well, pape pon ikot kemampuan. Beli sikit-sikit, lama-lama jadi bukit gitewh. My baby, Alhamdulillah murah rezeki dia. Thanks to Pak Nek dia; which is my daddy. Pak Nek dia banyak sponsor barang dia. Dari baju ke stroller ke set grooming etc. Murah rezeki Pak Nek. Since I am her only princess, maybe that's why dia sanggup berhabis kot and InshaAllah my baby pon GIRL. She will be the only princess gak sebab first cucu girl both sides: hubby & me.


My dad cakap anggap ni hadiah. Sebab dulu I selalu mengadu kat my dad, nangis-nangis sebab sedih member lepas sorang-sorang preggy. I rasa down sangat. 2 years tunggu rezeki zuriat. Sampai gado ngan my friends lagi sebab I down sangat. Rasa macam terasing sangat sebab I was the only one yang takde baby lagi. My dad la tempat I mengadu. I kurang mengadu kat my mom. Well, Daddy's Princess kan....LOL. Ok, uols da start meluat. Wakaka

Ikotkan memang segan sebab dah kawen, pandai-pandai la kan. Sebab dari dulu lagi memang I yang paling banyak habiskan duit my dad dalam beradik. I agak boros and nak apa je semua dapat. Wakakakaka. Tapi Pak Nek dia nak jugak sponsor, so anggap ni rezeki baby la. Hari tu jumpa my friend pon dia cakap "lepas ni kau turun pangkat la, anak kau lak princess" then my dad cakap "she (me) will always be my princess". Nak nangis dengar sebab sebak Mostly barang-barang baby better kita survey dulu. Then compare harga. I selalu survey online: LAZADA, Shopee, Instagram. Instagram tu kena pandai compare harga. Sebab barang betul-betul sebijik tapi ada yang mark up tinggi gila! Tak semestinya kat Baby Fair murah k. Hari tu I dok serbu babyfair gak. Fuh...Tobat taknak pegi lagi dah. Sesak gila.

Alhamdulillah. Hasil tangkapan Paknek. LOL


Ok, enough membebel. Ni list barang-barang baby yang perlu beli. Ada yang I googled, ada yang I asked around. I prefer buat categories macam ni. Baru boleh focus. Feeding - Grooming/Bathing - Clothes - Baby Gear.

FEEDING

1. Botol Susu
2. Botol for milk storage (in case kita pam)
3. Breast pump
4. Bantal nursing
5. Bottle Brush
6. Thermos (for me sebenarnya. LOL)
7. Sabun basuh botol
(tak digalakkan pakai sabun dishwash biasa tau)

8. Tempat gantung botol
9. Steriliser 
(ni I salah beli, I beli yang biasa je. Member suggest beli yang UV so that tak payah nak keringkan dah)
10. Nipple shield
(in case nipple luka)
11. Baby Bibs
12. Nipple cream (orang cakap kalau luka nipple kanan, guna susu dari nipple kiri & vice-versa, tapi standby je la nipple cream.
13. Milk Collector (dlm pantang tak digalakkan pump. Takut oversupply, so better marmet or tadah guna MC ni.)


**************************************

GROOMING / BATH

1. Emergency Kit 
2. Pampers
(member suggest beli size NewBorn 1pack, S 1pack)
3. Bath tub
4. Set Mandi 
(beli trial set dulu tengok kulit baby ngam ke tak)
5. Baby Oil
6. Changing Mat
7. Towel
8. Laundry Detergent
(ni pon kalau boleh elak guna deteregent biasa sebab kulit baby sensitive)
9. Nail Clippers
(usually ada dalam emergency kit set)
10. Baby Wipes
11. Baby Hair Brush 
(beli set grooming terus senang)
12. Baby Q-tips (cari size kecik untuk baby)
13. Nasal Aspirator
(untuk sedut hingus baby, ada dalam emergency kit set jugak)
14. Nappy rash cream
15. Cotton Ball
16. Baby vicks
17. Tempat sidai baju baby (I beli kat LAZADA)


****************************************************

CLOTHES



1. Barut
(org cakap beli lebih sebab baby kerap berak)
2. Bedung
(better beli jenis muslin, sesuai untuk cuaca panas, flannel sesuai untuk sejuk)
3. Baju pendek/panjang
4. Infant hats
5. Mitten/sarung tangan
6. Socks
7. Baju / seluar net 
8. Rompers panjang
9. Rompers pendek

Kalau spend kat Mothercare more than RM400, boleh apply jadi member. Dapat 10% discounts!

*************************************

BABY GEAR


1. Stroller  (beli yang senang lipat & ringan. Latih dari newborn lagi duduk dalam stroller. Me, I'd prefer stroller utk newborn yang boleh facing parent. I survey Joie, boleh adapt baby carrier but then Pak Nek dia beli yang lain pulak. Tapi still boleh facing parents. LOL)

2. Carseat (ramai orang kita anggap remeh. Tapi safety first!!! Macam I, suami selalu takde / detachment. Kalau nak drive tu, takkan nak dukung baby kan? So bia latihkan baby dari newborn lagi duduk dalam carseat)

3. Carrier (tak beli lagi. Penting untuk crowded place/panjat bukit ke, naik boat ke. KALAU LAH!)

4. Tilam/Bedding set (I tak beli katil dulu. Sebab ramai cakap kalau newborn mostly nak kat kita je. I beli babynest je. Takde la nak TERhempap baby kat katil kan. My mom cakap tunggu dia besar sikit, senang kita nak mandi ke masak ke, buat keje rumah ke. Letak je dalam babycot tu)

5. Diaper bags
6. Hooded Blanket (bedung je sebenarnya. LOL)
7. Playmat / gym mat

                                               *************************************


Read More

What to pack in Hospital bags: for mommy & baby

Hi uols,

Ni I nak share barang apa nak kena bawak pegi hospital. Ada yang I googled, ada yang I asked around. Ramai suruh start packing bila masuk je 30weeks. I sekarang dah 33weeks tak pack ape pon. Wakakaka. But then lately ramai suruh pack sesiap masuk kereta barang-barang yang nak kena bawak g hospital. Baru nak gelabah.

I plan nak bersalin kat hospital kerajaan je since suami keje gomen. Mula-mula gedik jugak nak private/swasta sebab baby first. Takmo sakit konon. Tapi fikir-fikir balik, better gomen je. Ramai cakap sakit bersalin sama jek. Beza cuma layanan jek. Bukan nak berpantang kat hospital kan? Private pon kalau baby ada apa-apa, semua tolak hospital gomen jugak.  Private pon kena standby at least RM11k in case cser. So baik spend beli barang baby weyh! LOL. Kesian kat suami since iols tak keje. Kalau mampu, silakan.

Me, I'd prefer paw suami upah confinement lady since I akan bersalin kat Johor and berpantang kat rumah mertua. Ramai cakap better berpantang ngan mak sendiri. Takkan nak suruh-suruh mertua itu ini. Mak sendiri kita tak segan. TAPI nak buat macam mana. I kena ikot cakap suami. Huhu.

Ok, ni list apa yang perlu bawak pergi hospital. Standby sesiap dalam kete incase nak terberanak! LOL. I akan selitkan list untuk berpantang sekali.


1. Buku Pink (wajib!!!! Ni kira IC/Passport dah)
2. Surat Nikah (I baca ada hospital yg mintak surat nikah)
3. Wallet/IC
4. Baju Tidur/siang/balik
5. Toiletries
6. Kain Batik/skirt
7. Bra/panties/Nursing Bra
8. Maternity Pad
(ada yg cakap pad biasa kasar, so tak sesuai untuk lepas jahit. Magad)
9. Towel
10. Tudung
11. Socks Tebal
12. Selipar (untuk toilet)
13. Minyak angin
14. Makanan/minuman (etak dlm bakul sesiap. MILO, KURMA WAJIB)
15. Thermos
16. Laundry Bags
17. Phone charger
18. Power bank


*********************************************************************************
   
1. Baju/Seluar Panjang (better yang ada butang depan sbb baby lembut lagi)
2. Baju/Seluar Pendek
3. Mitten/Socks/Hats
4. Barut
5. Bedung/Selimut
6. Pampers
7. Towel
8. Wet Tissue
9. Minyak telon/yuyi
10. Sapu tangan kecik/napkin
11. Set mandi/sikat
12. Botol susu (orang cakap kalau gomen, dorg tak galakkan susu botol. Dorang akan suruh breastfeed. Kalau baby jauh dari kita pon, dorang ajar minum guna cup/syringe je. Botol tak boleh sebab takut baby nipple confused then akan reject nipple kita. InshaAllah, I pon niat nak fully BF my baby)
*********************************************************************************

1. Bengkung (better jenis tali even menyusahkan. Nak balik inshape kena "beauty is pain" kan. HAHA. Sekarang pon ada jenis tali zip. Senang takde la nak terkencing ke. Ada jenis moden gak yang macam tape tu tapi ramai orang cakap tak cengkam sangat pon)

2. Set Jamu Nona Roguy (jamu ni terbaik orang cakap, Minyak dia pon terbaik)

3. Maternity Pad
4. Nursing bra
5. Kain Batik/skirt
6. Lotion Mustajab Hijau (elok untuk kempiskan perut)
7. Tungku/pilis/param (I upah confinement lady, semua dia ada)
Read More

Wednesday 25 April 2018

I'm Pregnant, Alhamdulillah 🤰

WARNING: ENTRY NI PANJANG BERJELA! LOL


Syukur Alhamdulillah, I'm finally pregnant after 2 years of marriage! I Trying-To-Conceive (TTC) for 2 years untuk dapatkan baby. Macam-macam benda I buat, ikhtiar untuk dapatkan baby. Dulu ingatkan tak boleh preggy sebab I ada infection keputihan. No, I tak malu nak cerita sebab ni ilmu. Dulu I siap baca blog orang jugak, siap tanya boleh ke preggy kalau keputihan teruk. Blogger tu cakap boleh. Infection keputihan ni bukan sebab tak jaga kebersihan. Mostly sebab pemakanan and penggunaan feminine wash!

Dulu time study, I hantu nescafe 3-in-1. Semua benda la 3-in-1 sebab nak cepat kan and takde dapur. Then makan maggi je memanjang. Then minum redbull untuk stay up study kasi cergas (konon). And I kurang minum air kosong. Semua tu GULA!!!!! Then habis je study, I start to eat clean. I cut sugar, I banyakkan garlic dalam masakan. Sebab garlic ni elok untuk lawan kuman gitu tah. I minum air kosong and order everything "kurang manis". Then I amalkan probiotics (bacteria baik) & amalkan yakult biru. Alhamdulillah dah hilang infection.

Feminine wash. Dulu konon nak kasi wangi miss V. Tapi sebenarnya benda ni bahaya! Lagi-lagi yang wangi-wangi sebab boleh kacau pH flora bawah tu. Bacteria jahat lagi banyak dari bacteria baik. So tak balance. Probiotics ngan Yakult biru tu elok untuk balancekan bacteria tu. Dulu memang I da cakap kat diri I, selagi ada infection...selagi tu tak boleh nak preggy. Lagi pon gynae cakap infection bahaya untuk baby. Medical term tu: GBS/Bacterial Vaginosis/Candida Albicans.

Yes, I siap jumpa gynae after 1 year of marriage. Gynae cakap I takde problem pape. Infection jangan risau, boleh je hilang. Then doctor cakap, try duduk sebumbung ngan suami dulu for a year. Give it a try. Dulu study, I ngan husband LDR. I kat Melaka, suami kat Ganu. Allah dah atur cantik sangat! Settle je convo, settle je pindah rumah (move in with my husband), memang focus untuk dapatkan baby. Doctor cakap jangan stress. Jangan fikir sangat. Macam-macam ubat try:

1. Folic Acid
2. Jamu
3. Ubat cina
4. Maharani
5. Susu kambing + kurma

U name it! Ada jugak member cakap I tak try hard enough. Girl, U r not in my shoes. U tell me, 2 years kot. Ape je yang I tak cuba. So, I memang down sangat bila dia cakap macam tu. I down sangat bila orang cakap "nanti kau dah tua sape nak jaga kau". I down sangat bila member lepas sorang-sorang preggy. I sampai rasa dipinggirkan, dibuang. Orang yang TTC je paham. Da lepas I try semua tu, I redha. I berserah tapi I tak putus untuk berdoa. I stop try macam-macam and I start doa je. I amalkan doa time sujud akhir & Yaasiin. I da malas fikir nak dapatkan baby. I fikir nak kerja je time tu.




Ni doa yg I amalkan dalam sujud akhir & sebelum "kun fayakun" surah Yaasin tu, sebab sujud akhirlah kita paling dekat ngan Allah. Then I banyakkan sedekah, especially bila ada new born babies tu. Kita mintak la dorang doakan turn kita pulak yang pregnant.

First thing first yang I buat once I tau I preggy, I gali ilmu. Wakakaka. Ilmu pasal preggy, pasal breastfeed, pasal cara bedung and so on! Bukan beli barang baby tau! Sebab I first time mom so memang banyak benda kena belajar. I memang blur pasal baby-baby ni. Nak pegang baby pon tak reti. I start beli barang baby sikit-sikit once I masuk 7 bulan. Ilmu tu penting nak gali time preggy sebab takkan dah baby keluar baru la nak gelabah nak buat apa kan?


Betul orang cakap, kata-kata tu satu doa. Last year I pernah post ni. Alhamdulillah jadi kenyataan! 2018 memang dengar word "congratulations!!"
 

Member / Jiran I ni la yang paksa I check UPT. Kalau boleh I memang taknak check dah UPT. Sedih weyh tengok negative je. Tapi kata-kata member I ni la yang buat I sentap sampai sekarang. Dia cakap 

"better ko check je, bia kau sedih sekejap (upt negative)...daripada kau sedih lama (preggy tapi tak sedar but then baby byebye sebab tak jaga)." 

Then I gelabah check. LOL. Kebetulan I demam teruk time tu, and I nak sangat makan apple hijau! My husband cakap nanti kita beli, tapi I nak sangat-sangat sampai I sanggup g beli sendiri time tu jugak! I ingatkan ngidam masam sebab nak period. Nak period pon tekak ni nak makan masam-masam kan. I period pon lambat 5 days je time I check. I pernah tak period sampai sebulan, false alarm. That's why I malas giler nak check UPT. 


Bila member I cakap positive, I tak caye sebab for almost 2 years I dapat result negative je setiap kali I check UPT. You know what, setiap kali I check UPT, I takkan bagi tau my husband. Sebab I taknak dia sedih. Bia I sorang je yang sedih, so everytime I check.... I akan sorok. LOL. This time, I blur. Member cakap positive, I tengok negative. Then dia cakap check lagi esok. Alhamdulillah, makin terang. Baru la I tunjuk kat my husband. Reaction dia pon blur. HAHAHA. Dia cakap "uish, macam double je ni" sambil buat muka blur. Tapi kitorang takut nak excited dulu. So, we decided nak beli UPT yang mahal sikit: CLEARBLUE digital. 


Haaaa ni dia result clearblue. I check time nak subuh. Orang cakap nak check UPT kena check first air kencing and time pagi-pagi before minum pape. Alhamdulillah, again...confirmed pregnant. Lepas je check, I tunjuk kat my hubby and dia terus peluk..aawwwhhh. I've never been so happy like that before. Well, tipu. Happy je tapi kali ni rasa macam happy yang speechless. So, kitorang terus buat solat sujud syukur. Alhamdulillah for this gift! Finally!!


Of course la nak double confirm preggy tu, kene check kat klinik...nak tengok kan. Takut luar rahim ke ape. Ni la my very first scan! Time ni sepatutnya dah 7weeks....Nampak kantung je, I dah risau. Tapi based on scan ni, I baru 5weeks. Then doc tanya, period I regular ke irregular. I cakap la irregular. Then dia cakap, nanti dalam 2 weeks datang balik, tengok ada janin tak. I dah risau giler. Takut kandungan tak menjadi. So, I start jaga macam-macam! Jaga makan, nak jalan pon slow je and tak kasi hubby I drive laju or langgar lobang etc. 

Supposedly I kena fly ikot my inlaws pergi Jogjakarta, tapi I cancel sebab I taknak amik risiko. Biar la hold dulu travel. Travel bila-bila boleh, nak dapat baby was really hard for me. First trimester memang tak digalakkan naik flight. Risiko baby nak byebye tu tinggi. Lantak la apa orang nak cakap, yang dia siap panjat bukit, ok je. Dia naik flight, ok je. Well, rahim kita...badan kita TAK SAMA! Me, I decided to bedrest je time first trimester. 

Lagi pon I alah teruk, mabuk like 24/7. I tak boleh bau dapur, bau minyak masak, bau bawang, bau plastic, bau dishwash, bau makanan. Semua tu buat I muntah. Even tengok gambar makanan pon nak muntah! Time I alah first 3 months tu, I panggil my mom datang tolong teman and masak, sebab hubby kena pergi Labuan jugak time tu. Thank God my mom sudi datang teman. I memang langsung tak boleh masak. Apatah nak masak, makan pon tak lalu sampai I turun berat 3kg. 3kg jek. LOL. Hubby pon kesian, belikan makanan end up I tak makan pon sebab tengok je da muntah. Bau dari jauh je dah muntah. I makan buah-buah je, skittles hijau tu I standby dalam kete. Plastic bag pon I standby dalam kereta sebab asik muntah. LOL


Ok. Ni pulak result lepas 2 ke 3 weeks. Alhamdulillah, nampak our little baby dah! Time ni baru la I bukak buku pink. Mula-mula tak kena layan sebab belum 10 weeks tak silap. Time ni I dah 11-12 weeks kot. 


Alhamdulillah, our baby is growing healthy! Time ni baru I buat announcement. Ikotkan I taknak buat announcement or kepoh or kecoh about my pregnancy sebab dulu everytime I dengar berita preggy I sedih. Bukan sedih orang preggy, sedih me myself tak preggy-preggy. Those yang TTC (trying-to-conceive) tu paham la perasaan tu kan. But some yang tak pernah lalui tu, dorang salah anggap. Nevermind, they were not in my shoes kan. Well, I had to do an announcement sebab nak kasi orang RESPECT my marriage and BACK OFF daripada gossip around. Tapi memang miracle la, once ada baby in your belly. Kita tak fikir benda remeh-temeh dah, gossip-gossip ntah pape. Kita just focus on our baby! Anything happen, just buat dunno je....nak jadi, jadi la...yang penting, I focus on my baby je. Memang once ada anak, kita akan kuat sebab anak. It's 100% true! 





Tadaaaaaaaa. Time ni nak check gender, 25weeks. Time 18weeks scan, tak nampak apa. Doc cakap maybe girl sebab kalau boy by 18weeks dah nampak pistol! LOL. 25weeks ni I buat detailed scan kot. Ramai orang salah anggap yang detailed scan ni 4D,5D. Actually, detailed scan ni check keseluruhan tapi in 2D je. Doc akan check air ketuban, berat baby, jantung baby, perut baby, muka baby, gender baby, tulang baby, buah pinggang baby etc. Ni pon tak nampak pistol. LOL. Doc cakap InshaAllah girl. Pasal gender, I tak kisah boy ke girl sebab I dah lama nak baby. So, takkan once dah dapat tak bersyukur pulak kan dapat boy ke girl. Banyak cekedek pulak. HAHA. Ada hikmah kot kenapa Allah bagi girl or boy. Kita je tak tahu apa hikmah tu. 


Ni my first flight: 28weeks. Baby Alhamdulillah dah kuat, baru la boleh naik flight. Tu pon kena amik surat kebenaran doc dulu kalau tak, tak boleh naik flight. I apply surat doctor a week early before fly. Surat doc ni pon ada tarikh expired. Kalau AirAsia, within 30 days je boleh pakai. Lepas 30 days dari tarikh surat tu, dah kena pakai surat baru. AirAsia maximum boleh naik sampai 34weeks je, atas 34weeks dah tak boleh naik flight. Kalau MAS rasanya maximum 35weeks ke 36weeks. You kena alert and check kat website airlines yang you nak naik. Asalkan preggy je, kena check policy airlines yang you nak naik. 


Setiap kali check up pregnant, mesti wajibbbbbb kena cucuk! LOL. I la orang yang paling takut jarum! Tapi Alhamdulillah lama-lama dah lali dah! HAHA. Setiap kali check up, amik darah check hb. Then cucuk untuk minum air gula (before and after). I minum air gula for twice, 14weeks and 28weeks. Jiran I cakap, kat tempat I wajib minum 2 kali sebab orang Kelantan kuat manis. Tempat lain kena minum air gula sebab berat naik mendadak, or ada family history diabetes or preggy 25 years old keatas etc. Rasa air gula ni nak kata sedap, takdela. Rasa minum mirinda oren bertin-tin! Once you minum, lama-lama you akan rasa lalok gila sampai nak muntah! Alhamdulillah result gula I normal dua-dua check tu. 

Setiap kali check up, bukan kena cucuk amik darah or gula je...tapi kena cucuk kancing gigi! Kalau for first pregnancy, kena cucuk 2 kali. Orang cakap sakit tapi I tak sakit pon. Cucuk tak rasa, tapi once ubat tu da masuk badan, rasa lenguh sangat-sangat! Nurse cucuk sekejap gila. Nurse tu tau I takut darah, so dia ajak borak. Tak sampai 1 saat dah settle! LOL. I Alhamdulillah tak demam pon lepas cucuk. Just lenguh la untuk couple days sampai nak tido pon takut terhempap tempat cucuk tu sebab lenguh. 


Ni I punye pregnancy journey. untuk first trimester. Tak habis-habis muntah kan. HAHA. Masuk je 2nd trimester, tak rasa preggy pon. Rasa bertenaga giler, masak pon rajin giler! Masuk 3rd trimester, nak tido tak lena sebab sesak nafas, nak jalan pon tak selesa sebab asik nak terkencing. LOL. 


Pasal strechmark. I mula-mula masuk je 2nd trimester I pakai minyak Palmer's Cocoa Butter Formula for Dry, Itchy skin ni. 2nd trimester memang dah start rasa gatal kat perut. Tapi masuk je 8 bulan, I dah ada strechmark yang obvious! Gatal tu jangan cakap, even dah sapu minyak pon still gatal. So, I beli yang Palmer's Cocoa Butter Formula Massage Cream for strechmarks ni. Ada dua jenis, satu Massage Cream satu lagi lotion. I baca review, massage cream ni lagi pekat. So, I beli yang cream je instead of lotion. Lega la jugak gatal-gatal tak merenyam macam dulu, cuma I dunno la strechmark tu boleh fade away ke tak. LOL. I'll just embrace my strechmarks sebab tu la tanda kita korban untuk suami, ye tak? You boleh cari these stuff kat pharmacy or Guardian/Watson. 

Ni masuk je 28weeks, kita akan kira pergerakan janin. JANGAN ANGGAP BENDA NI LECEH! Ramai mak-mak yang malas membaca and malas menanda benda ni. Tanda gerak janin ni penting sebab incase baby kurang gerak daripada 10kali dalam masa 12jam (9:00 am - 9:00 pm), kena cepat-cepat pergi hospital. Takut baby lemas or terbelit tali pusat or ada masalah la. Nauzubillah. Sebab tu jangan anggap benda ni leceh. Kalau you malas sangat, buat group wassep ngan suami...then tanda la setiap kali baby gerak. Then malam tu you free, you tanda la kat buku. 

Mula-mula I tak paham macam mana nak tanda. Sebab tu mula-mula tu masa asik malam je between 8-9pm. HAHA. Rupanya setiap kali baby gerak je tanda. Gerak then baby stop, tu kira 1. Then xlama lepas tu gerak lagi then 2. 


Overall, Alhamdulillah. Baby sihat, I sihat. Doakan I bersalin dengan mudah and selamat. Doakan baby I sihat and selamat, okay? Hihi. Setiap pregnancy journey tak sama kan. Morning sickness tu is a blessing actually. Tak semua orang mengandung boleh rasa. Just enjoy the moment!








Read More

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com