Sunday 8 July 2018

Welcome to the world, my baby girl!

Assalamualaikum uols!

Fuh! Sejak jadi mommy ni, tak sempat nak update pape and I don't even have time for myself dah. Tapi Alhamdulillah dah puas berehat for 2 years, now I am blessed with a daughter! Hari ni I nak share experience I bersalin my baby girl, Ungku Nayla.



31 May 2018
(38weeks 5days)

Since its my first pregnancy, I takde pengalaman lagi nak rasa macam mana contraction tu or rasa nak bersalin tu. Pagi I rasa sakit perut sembelit. Rasa nak membuang sangat-sangat tapi takleh. Tak terlepas hajat. HAHAHA...sebab I baca kat group Kelab Ibu Hamil, Info Ibu Hamil kat FB;  tanda nak bersalin pon rasa nak membuang. So, I takut nak teran. Time preggy memang macam-macam I baca. Dari ilmu breastfeeding, do's and dont's time preggy, experience bersalin and so on. I confused between Brixton Hicks / contraction palsu ke or real contraction.

I baca tanda-tanda awal nak bersalin selain pecah air ketuban, keluar lendir+darah, contraction kerap

1) Kerap rasa nak membuang tapi tak membuang pon.
2) Perut mengeras - ni I takleh nak detect sangat sebab I tak tau rasa mengeras tu mcm mana. LOL
3) Cirit-birit

Me? I rasa kerap nak membuang je. Hari-hari I doa so that I dapat tanda-tanda awal bersalin. I doa sebab I nak my husband teman I kat labor room since its our first baby. My hubby kat Ganu and it takes about 8-9hours journey (by car) untuk balik JB. 34weeks preggy I dah balik JB dari Ganu sebab I takut nak balik lambat-lambat kang terberanak pulak. 36weeks I dah pack untuk check in hospital.


Ok. Since pagi tu I dah rasa lain macam, I wassep member-member I yang dah jadi mak-mak. I tanya experience dorang. Sampai petang I leklu sebab yela takut false contraction je kan.  I wassep nurse yang selalu check I kat RSAT, tanya this and that tanda nak bersalin dah ke. Dalam pukul 3 ke 4 pm macam tu, I pergi hospital..sebab nurse cakap try check je kot dah bukak jalan.


Ni conversation I ngan nurse tu. 

Skali dah 3cm! OMG! I dah cuak giler sebab kena tahan ward. I tak ready mentally lagi kot. wakakaka. Uhmmm, check jalan tu...rasa ngilu jek.


Ni la ward I dok 1 malam, kat HSI. Ni ward second class. HSI takde ward First class. 
Kalau hospital government, boleh request nak 1st class. Just tunjuk je GL u or your husband & it's FREE!!! Time ni I sorang-sorang je dalam bilik ni. Mula-mula takut gak sebab hospital kot, seram gak. wakakaka. Tapi takde la seram pon, sebab nurse selalu keluar masuk pantau kita. Bilik ni ada 4 katil 2 toilet and bilik mandi. 


Dalam pukul 5:00pm macam tu I kena tahan. I terus call my hubby suruh balik JB. Kesian dia kena berbuka dalam kereta and gerak time malam. Masuk je ward nurse akan pantau kita & baby. Dorang akan check CTG, jantung baby, bp kita etc. My friend cakap yang hospital tempat dia, doctor or nurse akan check berapa cm bukak setiap 6 jam tapi kat hospital ni takda pon. Sampai la esok pagi tu I mintak doctor check jalan. Skali still 3cm! Sampai la petang 2:00pm, still 3cm jugak. Makin la rasa tak sabar nak bersalin sebab dah keras giler nak tunggu lama-lama kat hospital. I buat squat, jalan-jalan kat ward tu. 

1 June 2018
(38weeks 6days)

4:00pm - I kena tolak ke Labor Room (LR). I tengah mamai actually time nurse cakap nak tolak pergi LR sebab I tengah nap. Nurse suruh call hubby kalau nak hubby temankan. Masuk je LR, I terus bagi tau nurse I nak kencing but sadly...once u masuk LR, takkan boleh berak and kencing normal dah. Tak boleh turun dari katil dah! Kalau Iols tau, I kencing siap-siap!! Nak kencing, nurse akan sedut dari pundi kencing pakai tube. LOL! I tak tau apa medical term for that but goshhhh, TAK SUKA giler sebab rasa ngilu and tak lawas! 

4:15pm - Nurse pecahkan air ketuban. Still, I tak rasa sakit. Still, 3cm. My hubby pon masuk LR. Weols sembang-sembang. I still boleh gelak-gelak. Orang cakap kalau contraction betul tu, nak senyum pon tak boleh. 

5:00pm - Start rasa nak membuang tapi tak sakit sangat la. Boleh sembang lagi. Bukaan pon 4cm jek. Nurse cakap 1 jam, 1 cm. Gosh....stress jugak nak tunggu bukaan bukak. Sakit contraction tu selang 5 minit. 

7:30pm - I rasa contraction betul-betul. I start pejam mata and teran sikit (mcm nak membuang sangat-sangat). I sedut sikit-sikit gas tahan sakit tu. Time ni I sorang-sorang dalam LR sebab semua tengah berbuka. My hubby pon berbuka dalam kereta sebab dalam LR tak boleh makan.. Doctor yang pantau pon tanya I, nak tambah inject tahan sakit kat peha tak. I cakap TAKNAK! Tak sanggup dah nak cucuk! I sedut gas Entonox tu je. 

8:00pm - Time ni I kena induced. I start rasa sakit sangat sangat sangat! Dah tak mampu nak sembang, senyum. Bukaan baru 5cm tapi I dah start teran kaw-kaw! I sedut gas tu sampai lalok giler. Sakit tu rasa sembelit teruk giler-giler! 

Sepanjang contraction tu, I zikir:

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Maksudnya: “YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
ngan zikir 

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin
 Ω„َΨ§ Ψ₯ِΩ„َٰΩ‡َ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ψ£َΩ†ْΨͺَ Ψ³ُΨ¨ْΨ­َΨ§Ω†َΩƒَ Ψ₯ِΩ†ِّي ΩƒُΩ†ْΨͺُ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„ΨΈَّΨ§Ω„ِΩ…ِΩŠΩ†َ
 Artinya : “Tidak ada Yang yang sesungguhnya disembah tetapi engkau, ya Allah. Tulisan Suci engkau, sesungguhnya saya yakni dari orang yang membuat zalim.” (QS Al-Anbiya’ : 87)
Actually, tak boleh teran selagi tak 10cm but I dont care!!! Sakit kot! I imagine toilet rumah je. Wakakaka! I start jerit sikit sebab rasa lega kalau jerit. Jerit pon tak boleh actually but still, I dont care!!! Doctor siap marahkan I sebab I jerit and doctor suruh my hubby amik gas tu dari tangan I sebab I over sangat sedut. Time ni I rasa separuh nyawa. I rasa nak give up, nak czer jek. Nasib baik my hubby temankan I kat LR. Dia cakap "sikit lagi sayang". Tu la word yang kasi I semangat. Doctor and nurse pon cakap "haaa. sikit lagi. pandai la dia teran" hahaha!! pandai sangat. Padahal tu nak kasi I semangat jek. 

8:44pm - Alhamdulillah, NAYLA selamat dilahirkan secara normal! Baby keluar tak lega sangat lagi. I still lalok. Once uri keluar baru la lega sangat! Time jahit tu tak rasa pon sebab still, lalok. HAHA. Oh by the way, I takde nak terkam-terkam, marah-marah husband pon sebab tak mampu nak buat semua tu! HAHAHA. I genggam kuat-kuat besi katil hospital je. 

9:10pm - Doctor check baby. Doctor suruh breastfeed baby. Sejam lepas bersalin memang kena suruh baby nyonyot. Hospital government memang encourage breastfeeding sangat-sangat! Baca experience breastfeeding sini. Alhamdulillah Nayla pandai nyonyot! LOL. Sebab tu pentingnya tahnik (letak kurma sikit kat lidah). Tu pon training baby untuk nyonyot. 

Before bersalin, I paling takut jahit. Orang cakap tak rasa apa pon, contraction lagi sakit. For me, ye contraction sakit tapi dah settle baby & uri keluar, semua lega! TAPI JAHIT??? Torture gila kot! Dah la katil ward I tinggi. Nak tido tak boleh, baring tak boleh. Nasib baik Nayla tak meragam time malam tu. Since I teran 5cm, I kena gunting. Medical term: Episiotomy. 

2 June 2018 - Dah boleh discharge! Baby free from G6PD, kuning (at first). Baby kena detect kuning few days after. Nurse yang datang rumah and pantau kita tu akan check jahit ok tak, baby ok tak. Sebab tu bestnya government, semua FREE siap nurse pantau lagi 2 weeks kat rumah. 

At first I nak bersalin hospital private since I bersalin negeri suami I, bukan negeri I. But then I fikir balik, kesian suami. Ramai orang cakap suami lebih dari mampu but, still... I kesian. Maybe that's why Allah permudahkan sangat-sangat kot. Takpe, next baby iols try pulak hospital private. LOLOLOL! Alhamdulillah, pape pon Hospital Sultan Ismail (HSI) terbaik! Staff baik, ward bersih, doctor pon peramah. Takde pon doctor pelatih serbu masuk...seperti yang dibawang-bawangkan kat media social. 

Alhamdulillah, lahir 1 June, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari TUDM 





The End






Read More

Friday 6 July 2018

Barang Keperluan Baby - updated (what do I really need!)

Before ni I ada share pasal barang -barang keperluan baby. TAPI time tu I tak bersalin lagi and that time berdasarkan tanya orang ngan google je. This time, I akan share apa yang betul-betul perlu based on my experience so far.


FEEDING

1. Botol Susu
I pakai botol MAM. Nipple botol ni orang jual tu cakap lebih kurang macam nipple manusia. LOL. Nipple manusia ek. Alhamdulillah, Nayla tak nipple confused. Nayla guna botol kalau my mom/hubby jaga dia time I mandi or buat keje. Nayla tak suka sangat botol, dia suka ngempeng. HAHA.

2. Botol for milk storage 

I pakai botol Pigeon ngan Pureen. YES I PAM DALAM PANTANG. Yang I belajar, tak elok pam takut oversupply. Alhamdulillah tak pon. I pam dalam pantang sebab Nayla kuning kejap. So I nak tau berapa banyak Nayla dapat susu sebab kalau kuning kena kerap susu & berak. Kuning kena susu setiap 1 jam. 

3. Breast pump

I pakai Pigeon gak. Actually, I beli satu set sekali ngan storage bottle, breastpad, sterilizer. time baby fair. I beli yang single pump. I cuma housewife je, watpe nak beli double pump kan. 

4. Bantal nursing

I tak pakai as nursing pillow pon. HAHA. I pakai untuk letak Nayla and awal-awal dulu untuk I duduk dalam kereta sebab jahit sakit weyh dok ulang alik klinik check baby kuning. 

5. Bottle Brush

Dah ada bottle, of course perlu bottle brush! 

6. Thermos (for me sebenarnya. LOL)

sangat tak perlu! 

7. Sabun basuh botol

I pakai Sleek. 

8. Tempat gantung botol

Tempat letak pinggan mangkuk I terhad, so I need it. 

9. Sterilizer 

Perlu untuk bunuh kuman gitewh. TAPI JANGAN BELI YANG STEAM! Beli yang UV. Takyah nak keringkan. Leceh giler kot nak lap balik. I salah beli. KBYE.

10. Nipple shield

TAK PERLU!!! Membazir je beli. Ke I salah beli size. Ntah la. TAPI sumpah takyah beli! Baby ibarat hisap angin jek. 

11. Baby Bibs

50/50. Kalau baby dress up lawa-lawa, I akan pakai. Tapi kadang malas. I letak kain kecik jek. 

12. Nipple cream 

I pakai Palmer's Nursing cream. SANGAT RECOMMENDED! Tak perlu cuci pon kalau baby nak nyonyot. Selamat. Pastu cepat je elok nipple crack. Pedih weyh kalau kena nipple cracked. Tapi tu la, bau dia I tak suka. 

13. Milk Collector 

I beli kat Lazada jek. Kalau I pam tu, I akan tadah breast sebelah ngan Milk Collector ni. Sebab kalau baby hisap or pump  sebelah, sebelah akan menitik. Awal-awal dulu time baby hisap, I akan tadah.. sebab sayang. Tapi lama-lama I malas. HAHA. Susu sampai terbuang sebab Nayla kuat menyusu. I pakai breastpad jek. 

14. BREAST PAD!!

Ni I tak masukkan dalam list dulu. Ingatkan tak penting sekali PENTING GILER! Rimas gak ah kalau susu asik menitik. I pakai Pigeon, Pureen Basic ngan TollyJoy. Tapi Pureen Basic the best la!


**************************************

GROOMING / BATH

1. Emergency Kit 
So far I tak pakai lagi, cuma standby je la kan. Nama pon EMERGENCY kit. 

2. Pampers

Nayla lahir 3.06kg jek. So far 3 packs pampers size NB lagi. I pakai Drypers Touch. Nanti nak tukar S dah kot sebab Nayla dah 4.59kg and cepat bocor. Any suggestion nak tukar pampers apa tak? Selain Mamypoko. 

3. Bath tub
Penting. I tak mandikan baby kat sinki sebab takut licin. I pakai yang bathtub IKEA. Ada getah so dia anti-slip. 2 weeks lepas bersalin I dah mandikan baby sendiri dah. I letak bath tub atas jamban. 

4. Set Mandi 

Awal-awal I pakai Sebamed Trial set. Tapi tak wangi. LOL. I tukar Pureen. Tu pon sebab dapat gift from my friend. 

5. Baby Oil
Uhmmm... I tak pakai sangat pon.

6. Changing Mat
PERLU! Tapi disarankan beli size besar sebab baby cepat besar & kencing berak kadang tetibe jek once bukak pampers. Tetibe and bersepah. LOL

7. Towel
PERLU la of course. 

8. Laundry Detergent

Mula-mula I pakai Pureen ABD, now I pakai Tollyjoy. Dua-dua ok jek.

9. Nail Clippers
I tak potong lagi. Tapi orang cakap newborn better guna gunting. So, u beli jek grooming kit. Memang ada sepit kuku, gunting baby, hairbrush, sikat rambut etc.

10. Baby Wipes
Penting tapi tengok brand/jenis jugak. Takut kulit baby sensitive. TAPI once dah guna baby wipes, I akan spray pakai air biasa and guna cottonball. 

11. Baby Hair Brush 

Before cukur je pakai, ni rambut tengah kurang. 

12. Baby Q-tips 
Perlu. Tapi kadang I pakai je yang biasa. 

13. Nasal Aspirator
So far Nayla Alhamdulillah sihat lagi. Tak pakai pon. Yang ni ada sekali dalam emergency kit.

14. Nappy rash cream
I pakai Sudocream mula-mula but then lama-lama tak berkesan. I tukar Drapolene baru ok. 

15. Cotton Ball
Penting after u kesat guna wetwipes. 

16. Baby vicks
Sama macam nasal aspirator. Tak pakai lagi. I pakai minyak Yuyee jek. 

17. Tempat sidai baju baby 
I beli kat LAZADA. Perlu sebab I taknak campur ngan baju I. G pon nak sidai mitten, socks yang kecik-kecik tu senang. 


****************************************************

CLOTHES

1. Barut
I beli kat shoppee. Sangat recommended sebab material tak lembik. Tak mudah bergulung.

2. Bedung 
I beli yang bamboo cotton kat IG. Sejuk giler & my dad belikan Aden + Anais swaddle.
 

3. Baju pendek/panjang
For me, TAK PAKAI pon. I prefer rompers/sleepsuits. Baby kena siapkan cepat-cepat kalau tak melalak. So, I suka yang sekali sarung jek. 

4. Infant hats
Nayla tak suka pakai. LOL

5. Mitten/sarung tangan
Awal-awal tu better cari yang ada getah. Kalau tak, asik tertanggal jek.

6. Socks
Pon sama kes macam mitten.

7. Baju / seluar net 
Tak pakai pon. Leceh nak sarung 2 kali. 

8. Rompers panjang/sleepsuits
Recommended!

9. Rompers pendek
Recommended!

Kalau spend kat Mothercare more than RM400, boleh apply jadi member. Dapat 10% discounts!



*************************************

BABY GEAR

1. Stroller  
My dad belikan Combi. Boleh facing parent. I tak pakai lagi sebab tertinggal kat JB.. My mom cakap letak baby dalam stroller je dulu kalau tak beli katil lagi sebab baby nak kena sentiasa ada depan mata or dekat ngan kita. Lagi-lagi kalau kita and baby je kat rumah. Bagus gak idea my mom tu, boleh ajar baby "suka" naik stroller. Lenguh gak tangan kalau dukung lama-lama. 

2. Carseat 
Tak beli lagi...heeeeee

3. Carrier 

Pon tak beli lagi. Alang-alang beli carseat je terus kot

4. Tilam/Bedding set/babycot
Tak perlu. I beli BABYNEST je. Tapi tu la, awal-awal jek baby nak pastu taknak dah. Nak kat lengan I jugak the best. Wakakaka. 

5. Diaper bags
Penting! Sebab nak bawak pampers, baju, changing mat and so on! Backpack biasa pon boleh. Or tote bag. I beli yang colorland kat IG. Dapat free changing mat. 

6. Hooded Blanket 
Perlu. In case you kena keluar rumah untuk ke klinik ke pindah tempat pantang ke. Elak panas or aircond terlalu kuat. 

7. Playmat / gym mat 
Tak perlu sebab baby tak nampak lagi. TAPI my friend ada hadiahkan gym mat untuk Nayla. Tulis kat situ, 0-36 months dah boleh pakai. Kalau awal-awal tu untuk pendengaran kot. Tunggu besar sikit perlu kot untuk dia belajar. 



THE END
Read More

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com