Sunday 8 July 2018

Welcome to the world, my baby girl!

Assalamualaikum uols!

Fuh! Sejak jadi mommy ni, tak sempat nak update pape and I don't even have time for myself dah. Tapi Alhamdulillah dah puas berehat for 2 years, now I am blessed with a daughter! Hari ni I nak share experience I bersalin my baby girl, Ungku Nayla.



31 May 2018
(38weeks 5days)

Since its my first pregnancy, I takde pengalaman lagi nak rasa macam mana contraction tu or rasa nak bersalin tu. Pagi I rasa sakit perut sembelit. Rasa nak membuang sangat-sangat tapi takleh. Tak terlepas hajat. HAHAHA...sebab I baca kat group Kelab Ibu Hamil, Info Ibu Hamil kat FB;  tanda nak bersalin pon rasa nak membuang. So, I takut nak teran. Time preggy memang macam-macam I baca. Dari ilmu breastfeeding, do's and dont's time preggy, experience bersalin and so on. I confused between Brixton Hicks / contraction palsu ke or real contraction.

I baca tanda-tanda awal nak bersalin selain pecah air ketuban, keluar lendir+darah, contraction kerap

1) Kerap rasa nak membuang tapi tak membuang pon.
2) Perut mengeras - ni I takleh nak detect sangat sebab I tak tau rasa mengeras tu mcm mana. LOL
3) Cirit-birit

Me? I rasa kerap nak membuang je. Hari-hari I doa so that I dapat tanda-tanda awal bersalin. I doa sebab I nak my husband teman I kat labor room since its our first baby. My hubby kat Ganu and it takes about 8-9hours journey (by car) untuk balik JB. 34weeks preggy I dah balik JB dari Ganu sebab I takut nak balik lambat-lambat kang terberanak pulak. 36weeks I dah pack untuk check in hospital.


Ok. Since pagi tu I dah rasa lain macam, I wassep member-member I yang dah jadi mak-mak. I tanya experience dorang. Sampai petang I leklu sebab yela takut false contraction je kan.  I wassep nurse yang selalu check I kat RSAT, tanya this and that tanda nak bersalin dah ke. Dalam pukul 3 ke 4 pm macam tu, I pergi hospital..sebab nurse cakap try check je kot dah bukak jalan.


Ni conversation I ngan nurse tu. 

Skali dah 3cm! OMG! I dah cuak giler sebab kena tahan ward. I tak ready mentally lagi kot. wakakaka. Uhmmm, check jalan tu...rasa ngilu jek.


Ni la ward I dok 1 malam, kat HSI. Ni ward second class. HSI takde ward First class. 
Kalau hospital government, boleh request nak 1st class. Just tunjuk je GL u or your husband & it's FREE!!! Time ni I sorang-sorang je dalam bilik ni. Mula-mula takut gak sebab hospital kot, seram gak. wakakaka. Tapi takde la seram pon, sebab nurse selalu keluar masuk pantau kita. Bilik ni ada 4 katil 2 toilet and bilik mandi. 


Dalam pukul 5:00pm macam tu I kena tahan. I terus call my hubby suruh balik JB. Kesian dia kena berbuka dalam kereta and gerak time malam. Masuk je ward nurse akan pantau kita & baby. Dorang akan check CTG, jantung baby, bp kita etc. My friend cakap yang hospital tempat dia, doctor or nurse akan check berapa cm bukak setiap 6 jam tapi kat hospital ni takda pon. Sampai la esok pagi tu I mintak doctor check jalan. Skali still 3cm! Sampai la petang 2:00pm, still 3cm jugak. Makin la rasa tak sabar nak bersalin sebab dah keras giler nak tunggu lama-lama kat hospital. I buat squat, jalan-jalan kat ward tu. 

1 June 2018
(38weeks 6days)

4:00pm - I kena tolak ke Labor Room (LR). I tengah mamai actually time nurse cakap nak tolak pergi LR sebab I tengah nap. Nurse suruh call hubby kalau nak hubby temankan. Masuk je LR, I terus bagi tau nurse I nak kencing but sadly...once u masuk LR, takkan boleh berak and kencing normal dah. Tak boleh turun dari katil dah! Kalau Iols tau, I kencing siap-siap!! Nak kencing, nurse akan sedut dari pundi kencing pakai tube. LOL! I tak tau apa medical term for that but goshhhh, TAK SUKA giler sebab rasa ngilu and tak lawas! 

4:15pm - Nurse pecahkan air ketuban. Still, I tak rasa sakit. Still, 3cm. My hubby pon masuk LR. Weols sembang-sembang. I still boleh gelak-gelak. Orang cakap kalau contraction betul tu, nak senyum pon tak boleh. 

5:00pm - Start rasa nak membuang tapi tak sakit sangat la. Boleh sembang lagi. Bukaan pon 4cm jek. Nurse cakap 1 jam, 1 cm. Gosh....stress jugak nak tunggu bukaan bukak. Sakit contraction tu selang 5 minit. 

7:30pm - I rasa contraction betul-betul. I start pejam mata and teran sikit (mcm nak membuang sangat-sangat). I sedut sikit-sikit gas tahan sakit tu. Time ni I sorang-sorang dalam LR sebab semua tengah berbuka. My hubby pon berbuka dalam kereta sebab dalam LR tak boleh makan.. Doctor yang pantau pon tanya I, nak tambah inject tahan sakit kat peha tak. I cakap TAKNAK! Tak sanggup dah nak cucuk! I sedut gas Entonox tu je. 

8:00pm - Time ni I kena induced. I start rasa sakit sangat sangat sangat! Dah tak mampu nak sembang, senyum. Bukaan baru 5cm tapi I dah start teran kaw-kaw! I sedut gas tu sampai lalok giler. Sakit tu rasa sembelit teruk giler-giler! 

Sepanjang contraction tu, I zikir:

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Maksudnya: “YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
ngan zikir 

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin
 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
 Artinya : “Tidak ada Yang yang sesungguhnya disembah tetapi engkau, ya Allah. Tulisan Suci engkau, sesungguhnya saya yakni dari orang yang membuat zalim.” (QS Al-Anbiya’ : 87)
Actually, tak boleh teran selagi tak 10cm but I dont care!!! Sakit kot! I imagine toilet rumah je. Wakakaka! I start jerit sikit sebab rasa lega kalau jerit. Jerit pon tak boleh actually but still, I dont care!!! Doctor siap marahkan I sebab I jerit and doctor suruh my hubby amik gas tu dari tangan I sebab I over sangat sedut. Time ni I rasa separuh nyawa. I rasa nak give up, nak czer jek. Nasib baik my hubby temankan I kat LR. Dia cakap "sikit lagi sayang". Tu la word yang kasi I semangat. Doctor and nurse pon cakap "haaa. sikit lagi. pandai la dia teran" hahaha!! pandai sangat. Padahal tu nak kasi I semangat jek. 

8:44pm - Alhamdulillah, NAYLA selamat dilahirkan secara normal! Baby keluar tak lega sangat lagi. I still lalok. Once uri keluar baru la lega sangat! Time jahit tu tak rasa pon sebab still, lalok. HAHA. Oh by the way, I takde nak terkam-terkam, marah-marah husband pon sebab tak mampu nak buat semua tu! HAHAHA. I genggam kuat-kuat besi katil hospital je. 

9:10pm - Doctor check baby. Doctor suruh breastfeed baby. Sejam lepas bersalin memang kena suruh baby nyonyot. Hospital government memang encourage breastfeeding sangat-sangat! Baca experience breastfeeding sini. Alhamdulillah Nayla pandai nyonyot! LOL. Sebab tu pentingnya tahnik (letak kurma sikit kat lidah). Tu pon training baby untuk nyonyot. 

Before bersalin, I paling takut jahit. Orang cakap tak rasa apa pon, contraction lagi sakit. For me, ye contraction sakit tapi dah settle baby & uri keluar, semua lega! TAPI JAHIT??? Torture gila kot! Dah la katil ward I tinggi. Nak tido tak boleh, baring tak boleh. Nasib baik Nayla tak meragam time malam tu. Since I teran 5cm, I kena gunting. Medical term: Episiotomy. 

2 June 2018 - Dah boleh discharge! Baby free from G6PD, kuning (at first). Baby kena detect kuning few days after. Nurse yang datang rumah and pantau kita tu akan check jahit ok tak, baby ok tak. Sebab tu bestnya government, semua FREE siap nurse pantau lagi 2 weeks kat rumah. 

At first I nak bersalin hospital private since I bersalin negeri suami I, bukan negeri I. But then I fikir balik, kesian suami. Ramai orang cakap suami lebih dari mampu but, still... I kesian. Maybe that's why Allah permudahkan sangat-sangat kot. Takpe, next baby iols try pulak hospital private. LOLOLOL! Alhamdulillah, pape pon Hospital Sultan Ismail (HSI) terbaik! Staff baik, ward bersih, doctor pon peramah. Takde pon doctor pelatih serbu masuk...seperti yang dibawang-bawangkan kat media social. 

Alhamdulillah, lahir 1 June, hari Jumaat, bulan Ramadhan, hari TUDM 





The End






0 comments:

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com