Wednesday 13 June 2018

I choose to breastfeed (bf) Nayla.

I choose to breastfeed (bf) Nayla.

Dulu ingatkan nak bagi susu badan ni senang. Just selak and bagi baby nyonyot. NO! It’s more than that! That’s why i gali ilmu pasal breastfeeding ni sejak awal pregnant lagi. Bukan dah bersalin baru gelabah and terus cakap “susu takda”.

Nak bf ni tak boleh cepat give up. Me, awal2 lepas bersalin tu i rasa nak give up jugak tapi just 5%. Dari awal preggy i dah berniat nak susukan baby ngan susu badan. Banyak kelebihan susu badan ni berbanding susu formula.

First of all, semua orang berhak memilih. I tak condemn susu formula. Nak bagi fm, it’s your own choice. Janji anak sihat kan? Ada orang bagi formula sebab nak miss b maintain in shape (pentingkan diri, kesian baby...lol), ada yang bagi fm sebab susu takda (ada sebenarnya, tapi kurang ransangan & cepat give up)

Kenapa i pilih bf; sebab

1) Allah yang bancuh. Pape ciptaan Allah semuanya terbaik

2) Elok untuk antibody anak

3) Jimat

4) Dalam Al-Quran pon ada sebut pasal susu ibu, sampai kena cari ibu susuan incase si ibu ada masalah.

5) Since i housewife je, 24hours ngan baby.. better skin-to-skin je.

6) I travel a lot....like A LOT! Kalau tak by road, by air. Most of the time I travel sorang by air. I malas nak serabut angkut barang banyak-banyak sebab I sejenis manusia yang kalut. LOL

Here goes my bf journey so far. Nayla lahir 1st June. Bebas jaundice. Since i bersalin gomen jek, keluar je ward..nurse akan pantau kat rumah plak untuk check baby & me. Nayla kena detect demam kuning/jaundice on 3rd June dengan bacaan 9.

Of course, baru lepas bersalin memang susu tak meriah. Kalau tak study psal susu badan. Memang otak akan cakap “SUSU TAKDA” then terus give up ngan bagi fm, which is so sayang sebab baby tak stimulate/hisap bagi susu keluar. Actually, semua preggy mom ada susu. Awal2 memang tak nampak susu tu & tak meriah; which is called collustrum. Collostrum ni sangat2 elok untuk antibody baby. Texture pon pekat likat sampai memang tak boleh pump or tak nampak. Tapi bila baby dah nyonyot tu akan stimulate susu untuk keluar. Lagipon Nayla keluar awal. Expected due date on 10th June. Maybe that’s why la kot lambat meriah.

Ok since baru keluar collostrum je, kuning Nayla makin naik next day tu. Naik 14. We refer klinik swasta pulak. Hari ni hari paling mencabar & sedih sangat sebab bacaan tinggi. Nayla pon sampai nak kena warded & i tak boleh teman. MEMANG TAK LA NAK BIARKAN. So nurse suggest bagi fm. I sangat berbelah bagi sebab i nak sangat bagi susu badan. Tapi daripada nak biarkan Nayla kena warded, i terpaksa mengalah and relakan jugak Nayla kena sumbat fm.

Bila tengok nurse sumbat susu fm. Hati i luluh. I rasa mcm i failed je jadi ibu sebab tak boleh bagi susu badan. Yes, time ni i rasa give up yg cuma 5% tu. sebab mlam before check tu i dah bangun every hour just to feed Nayla. Demam kuning ni memang baby kuat tido and susah nak kejut. So i tak tau Nayla cukup ke tak dapat susu i. Tapi apa yg i study, as long as baby berak & kencing... that means ada la susu badan.

Tu la swasta2 ni. They don’t really encourage mothers to breastfeed their babies. Kalau gomen, memang diharamkan susu formula tu. Mana2 dinding kena tampal no bottles no formula. Botol diharamkan takut baby nipple confused. Even doctor & nurse gomen pon suruh kita susukan anak ngan susu badan sejam selepas bersalin.

On 4th June i terpaksa jugak la bagi fm. Bagi fm pon i tetap dfkan Nayla. Sampai la next day check balik turun 11. TAPI since bagi susu fm, badan Nayla naik rashes merah2. Again, hati i luluh tengok dia gitu.. Since naik rashes, i xnak dah bagi fm. SEBAB TU I TAKNAK BAGI FM! sebab sekarang macam2, susu tiruan la ape la.

Then next day naik pulak 12. Susu badan dah start nak menitik sikit2. Since then, i pam je (sbernarnya tak elok pam dlam pantang & tak elok bagi susu botol..based on apa yg i dah belajar). I pam sebab nak tau brape oz yg Nayla dapat. Kalau nyonyot je tak tau berapa banyak dia dapat sebab dia kurang sangat bangun, nak tdoq jeeee!

Then الحَمْد لله setelah seminggu, susu meriah. Berkat i keep on df Nayla gak kot & I nekad bangun every hour setiap malam setiap hari dfkan Nayla. الحَمْد لله turun 9 then 6. Since refer kuning kat Klinik Kesihatan, ramai jugak yg pergi check kuning baby. Ada sorang ni suggest i minum susu kambing + kurma untuk turunkan kuning baby since i bf. So i minum la & hari2 makan sup lobak putih as milkbooster.

And again الحَمْد لله, kuning baby turun 4 and Nayla dah free to go! Tak perlu dah ulang alik amik darah check kuning, pity Nayla. Alhamdulillah Nayla tak nipple confused sebab dah intro botol awal. Nayla is a strong girl just like her name. Setiap hari bisik kat Nayla, “we can do this”! إن شاء الله i akan bfkan Nayla sampai 2 years. Even tak mampu nak sampai 2 years pon (tapi إن شاء الله mampu) at least Nayla dah dapat susu badan i. Hihi. Semoga dipermudahkan.

To be honest, lain giler rasa bagi fm & susu badan skintoskin/df. To mommies out there yg belum breastfeed baby, gali ilmu and try bagi susu badan untuk next baby..u akan tau apa yg i maksudkan. Mindset kena always positive kalau nak bf baby & kena surround urself ngan mommies yg bf their babies. And most importantly, SUAMI KENA SUPPORT! الحَمْد لله my husband support i untuk bf. Even my dad pon encourage i untuk bf baby.

Nah belanja gambar Nayla Full.


 

 Related Post: Road to 2 y.o
Read More

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com