Monday 16 December 2019

Dubai 2019

Hello Dubai!!

Alhamdulillah, my wish came true!

I berangan nak pergi Dubai since 10 years ago kot. Dulu transit kat Dubai airport je sebab pergi umrah. I niat one fine day I akan explore Dubai. I siap letak Burj Al Arab hotel ni kot wallpaper laptop I dulu. So guys, TAK SALAH BERANGAN! Jangan berangan kawen ngan suami orang pulak ye. LOL

Kisah dia macam ni....

Me & my travel partner: Sofia, tak terfikir pon nak ke Dubai. Actually, nak balik dari US tu, kitorang kena fly ke Paris - China - Malaysia. Tapi sebab keadaan tak mengizinkan time kat US, kitorang book flight Emirates ke Dubai. Ktorang naik Emirates sebab lebih sanggup transit ke Dubai je daripada transit banyak-banyak tempat macam journey ktorang dari Malaysia ke US (KUL-SIN-AMS-ATL)...which was soooo exhausting! Yela, sebab bawak budak kan. Memang MENCABAR! Nanti I share journey tu. 


Ni la itinerary asal ktorang. Nak murah punya pasal, book pakai apps skyscanner. TAPI kalau uols nak travel luar negara, SANGAT SANGAT SANGAT TAK advisable pakai skyscanner sebab 3rd party. Memang macam-macam hal dibuatnya. Macam ktorang, ada 2 problems. 

First, nama Nayla takda dalam system padahal check kat dalam phone memang ada. Tapi kat kiosk check-in & check-in counter memang takda nama dia. So bayangkan every airport yang ktorang transit tu kena pergi kat counter untuk sahkan nama Nayla.. memang amik masa! Nasib baik Sofia ni familiar travel pergi overseas so dia reti nak handle kat mana nak refer. Second problem, husband I ingat KLM ada bagi baggage allowance TAPI sebenarnya tak ada! Dulu-dulu setiap international flights memang ada bagi baggage allowance (kot) tapi sekarang depends. Ada airlines bagi ada yang tak. So kena beli baggage kat counter! Kalau uols nak tiket murah tapi setakat nak travel domestik, boleh guna apps skyscanner. 

Ok. Back to Dubai story. 

Ktorang fly dari Orlando ke Dubai then KL. Transit kat Dubai tu tak silap I, 8 jam ke 9 jam tah. Kalau korang nak tau, kalau naik Emirates untuk economy class yang transit 8 jam ke atas, korang akan dapat stay kat hotel for FREE! Dah dapat hotel tu, sure la dapat makan kan. Hari tu ktorang dapat voucher lunch & dinner kat hotel. Tak perlu Visa pon. Sayangnya I tak snap gambar kat hotel tu sebab tak terfikir pon akan update blog. Heeeeee

Boleh baca selanjutnya kat sini.

Macam my husband naik American Airlines, dia delay 9 jam kat LA pon dapat hotel voucher kat Courtyard by Marriott, LA. 

So since ktorang dapat hotel voucher for FREE, ktorang explore la Dubai city! Actually tak cukup masa sangat nak explore sebab sampai-sampai tu memang nak baring nak tido sebab 14 jam dalam flight, it was horrible though sebab kerusi takleh nak recline & Nayla nak dukung je time dalam flight!! Konon sampai-sampai tu letak barang kat bilik then explore, tapi tak pon. Ktorang sempat explore dalam 3 jam je tak silap. Rushing pon rushing la kan janji explore Dubai. Ntah bila lagi nak sampai sana. 

Image from Google. LOL
Ktorang dapat bilik macam ni kat Copthorne Airport Hotel, Dubai

Tengok la muka tu. Muka tak cukup tido. Muka penat.

Ktorang explore Dubai city ni ktorang amik kat booth lobby hotel je. Ingatkan tour ramai-ramai guna shuttle bus skali private tour. Naik kete Lexus. 

Funny thing was: harga untuk city tour ni dalam $200 usd tak silap. Tapi dengan confident nya ktorang ingat in Dirham! So muka tu berlagak gila nak bayar sebab confident sangat murah. Agent tu just ckap "200" takda sebut currency pon! Nasib baik ada duit. LOL. Rasanya ktorang pon kena kencing kot sebab harga tu quite pricey sebenarnya untuk short tour tapi duit tu bukan duit ktorang pon so memang spend je la duit tu. Alhamdulillah rejeki jangan di reject. 

Alhamdulillah...dulu nya I berangan letak wallpaper kat laptop yang hotel blakang tu, now I dapat tengok live and tengok ngan my daughter!! Syukur Alhamdulillah. Tapi sure Nayla tak ingat dah dia pernah pergi ke tak kalau dia dah besar nanti. 

Stay one night dalam RM 15,000! 






Burj Khalifa. InshaAllah one day explore lagi puas-puas. Time ni rushing nak balik hotel dah. 

Ni kat Madinat Jumeirah. Its a resort actually. Jumeirah Dar Al Masyaf Resort. Stay one night ada dalam RM 4,000+. LOL




Kuda ni real gold tau! $1mil each. 



Atlantis The Palm. Stay one night dalam RM 3,000. 



Ni view dari atas. Image from Google of course!



Dubai frame. Ni view dia depan tu modern Dubai, belakang tu old Dubai. 



I tak sure ni building apa but it's nice. 

Kat Dubai ada Grab Chopper!

Ok last pic! with Emirates cabin crew! 

InshaAllah one fine day nak explore Dubai lama sikit. Nak sand tour pulak! 
Read More

Friday 29 November 2019

A date to remember

29 November 2019, Friday, Orlando Florida πŸ‡ΊπŸ‡Έ. .



It’s a date to remember for our family. Nak genap 40 hari dah since my husband tetiba jatuh sakit. I bet most of you are curious about his condition now or curious about how it all started. I nak share this experience so that all of you boleh belajar sekali. Lesson learned gitew. I baru ada masa nak tulis. πŸ˜… well, here you go. .

Time tu Thanksgiving break. Ktorang drive dari Montgomery Alabama turun ke Miami, then to Orlando. Before ke Miami tu, ktorang stop bermalam kat VeroBeach (about 9hrs drive). Then esok pagi tu gerak ke Miami. Then from Miami drive ke Orlando (about 3hrs + drive). Sampai Orlando dah malam, ktorang check-in kat Hyatt Regency. Lepas check-in semua terus pergi dinner. Rest dalam sejam or stengah jam, ktorang keluar balik for BlackFriday. Balik hotel dalam pukul 4 pagi. .

Then esok tu pergi Seaworld. Kat Seaworld dia nak sangat naik rollercoaster. I, Teguh & Sofia tak naik pon sebab nak bawak Nayla tengok show. So dia naik sorang2. Lepas tu tiba2 kat group whatsapp tanya ktorang kat mana. And cara dia mcm moody semacam sebab tiba2 nak balik. Cara dia text pon pelik sebab ktorang tak drive pon pergi Seaworld. Ktorang naik shuttlebus. (Boleh refer gambar). So ktorang pon balik. I, Teguh & Nizam. Sofia stay kat Seaworld sebab nak jumpa kawan dia. .






Sebelum kejadian

On the way ke shuttlebus tu Nizam still boleh berjalan. Tapi senyap tak bercakap. Dalam bus pon Teguh cuba distract dia. Tanya mcm2, tapi still senyap. Then sampai bilik hotel, dia bagi ATM card instead of keyroom card. Situ pon dah pelik. Then sampai bilik, Nizam act mcm biasa je. Baring then main phone. Teguh keluar cari makan. So since I fikir my husband penat, I biakan la dia rest. Tapi kat situ pon dah pelik sebab dia skejap baring skejap duduk. I tanya dia ok ke tak. Dia senyap. .

Usually I akan biakan my husband cool down sampai la dia tegur I dulu. Tapi that night I terdetik nak tegur dia. Then I peluk dia. Tengok dia mcm mengigil (seizure to be exact). I thought dia kurang gula dalam darah sebab ktorang memang tak cukup tido, tak cukup rest tak cukup makan.

So Teguh suruh bagi minum air manis2. I buat teh manis, mula2 dia boleh minum, then lama2 dia mcm tak boleh nak telan. So I start panic. I start text my dad. (Refer gambar). Lol, panic pon boleh texting kan. Well, i prefer texting sebab I taknak Nayla terbangun sebab once Nayla bangun, dia akan melalak nangis. I taknak my husband lagi pening πŸ˜…. My dad suruh call emergency terus. Ada dalam stengah jam jugak la I hesitated nak call sebab yaaaa, USA kot. Medical expenses mesti mahal. Lol. Condition mcm ni pon dok fikir lagi mahal ke tak. 🀦🏻‍♀️





Lepas call 911 tu security hotel sampai dalam 5 saat kot (yaa very fast i know). Dia tanya my husband questions tapi still dia senyap. Then dia panggil mcm polis ke ape tah. Orang tu tanya, still husband senyap. Then dorang call medic. Still my husband tak respon. Then tetibe dorang angkat my husband without letting me know what’s really going on. Medic tu cakap “u pergi hospital ni. U tak boleh ikot.” I tanya lagi... kenapa ngan my husband. Dia cakap “mungkin dia kena stroke”.





Allah. Terus rasa nak pitam. Memang terus blank otak. Ngan Nayla tido I tak sanggup nak kejut, but ya... I heret je skali sebab Nayla still fully bf. Then me, Teguh & Sofia terus pergi hospital. Skali tengok, dia masuk ICU. Again, otak I blank. Masuk kat bilik ICU tu doctor kata dia brain bleeding. Allah. Bertubi-tubi kena. Memang terus lost sangat2. Pelik sebab before kejadian, dia tak mengadu sakit apa2. Tapi tu la sebab he was acting so weird dalam group whatsapp tu & pelik sebab Nizam tak pernah ada highblood pressure or sakit apa2.

Esok tu terus Nizam go through Embolization & Angiogram. Doctor explain kat I apa akan jadi kalau buat/xbuat. Doctor kata dia kena AVM. Before tau dia kena AVM. I tnya, adakah sebab naik rollercoaster otak dia bleeding. Doctor kata tak sebab dalam. Tapi make sense jugak sebab he’s a fighter pilot. So setakat rollercoaster tu....... should be no problem. Then I tanya instructor dia, kat tempat kerja dia ada mengadu apa2 ke sakit apa2 ke. Then instructor jawab Nizam medically fit. Kalau tak fit, dia tak hantar nizam pergi US.





Well, nasib baik hospital tu tiptop sangat2! Service, staff. Everything la perfect. They even allowed babies / children untuk tidur teman kat hospital because they said ubat2 tu semua comes 2nd untuk sembuh. Yang no 1 is family support. Tu yg buat recover fast. .

So ya, kun fayakun. Disebalik dugaan ni, banyak hikmah. Banyak pengajaran not just for me tapi for all of us. Those yang follow IG ni dah lama, u know what we have been through in our marriage. Mungkin ni hikmah Allah bagi untuk keep on going strong in our marriage & to appreciate more. See, Allah dah susun elok2. Kenapa ada I je time kejadian tu? ΩˆΨ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ£ΨΉΩ„Ω… . And I ada di setiap treatment, setiap therapy. Mcm mne pon, A wife will always be there for u. πŸ˜‹ bukan orang lain.





Pengajaran jugak not to be hesitated untuk call emergency. Like my dad said, jangan assume2. Takut jantung. We never know, kan? Nasib baik I ada dalam bilik time kejadian. Nasib baik cepat jugak laaa call emergency. (Yeke cepat). .

So for current updates regarding my husband. Ψ§Ω„Ψ­َΩ…ْΨ― Ω„Ω„Ω‡ he’s recovering so fast. Bonus sebab dia muda πŸ˜†. Dah boleh berjalan tanpa tongkat / wheelchair. Sebut perkataan pon dah banyak words yg dia sebut clear. Oh ya, dia ada Broca Aphasia (jgn tnya, sila google) now. Ψ₯Ω† Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ recover in first 6 months. Now dia buat 3 therapy: Physiotherapy, Speech Therapy & Occupational Therapy. .

Keep on praying for Nizam!! P/s: sorry ler kalau penulisan iols serabut rojak2. Dah lama tinggalkan zaman perah otak πŸ€ͺ


Read More

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com