Friday, 6 December 2024

Saltcheesekut

 Hii! Ni kali kedua I cuba jual makanan. Dulu masa duduk JB, I jual Laksa Sarawak. Now, duduk Subang I jual cheesekut. Cheesekut I special sebab I tak pakai biskut kering yang biasa orang buat tu. Cheesekut I rasa lemak-lemak yumyum 😝 Ni resepi orang Sarawak. Biskut ni pon susah nak cari kat Semenanjung ni πŸ₯² 







Kalau berminat, hit the comment down below k! 

Read More

Monday, 2 December 2024

Goodies Ideas for kindergarten kids

 


Hii! I just wanna share to you guys about Goodies Ideas for birthday celebration at school (kindergarten version).

Feel free to explore here!

I akan target below RM 2 so that I boleh beli banyak. 

1. Puzzle: https://s.shopee.com.my/4VM1tR0z4Q

2. Sand painting: https://s.shopee.com.my/8zoRFmmN1G

3. LED watch: https://s.shopee.com.my/qSjWqkdt2

4. Mosquito Repellent bracelet: https://s.shopee.com.my/1ViQK7u1UB

5. For girls boleh bagi gelang: https://s.shopee.com.my/3fmuuBEt7o

6. Stationeries: https://s.shopee.com.my/8KYkSoVFJB

7. Wooden puzzle: https://s.shopee.com.my/6pjwg6iTWP

8. Magnet play: https://s.shopee.com.my/1LP083fO2G

Read More

Saturday, 6 March 2021

My Simple Home Decor

Hi, 

Macam biasa, lama dah tak update blog. Heeee. Hari ni I nak share home decor. I malu nak share sebenarnya tapi takpe la. Share decor bajet je la, zaman sekarang zaman jimat cermat. Tak semua mampu beli mahal-mahal. Murah tak semestinya tak cantik kan. Tahan tu, InshaAllah la kalau reti jaga barang. 

Home decor I simple je sebab I tak suka banyak-banyak barang sebab life I pindah-pindah. Serabot. Lagi satu simple sebab I nak cut masa mengemas. Baik I luangkan lebih masa ngan anak I. I suka minimalist concept. By the way, I duduk rumah ni sekejap je, so kira macam I duduk menyewa la jugak even rumah sendiri. Lama dah I nak update home decor ni tapi I tak free...ni baru sempat. Decor I tak kebaboom macam orang lain tapi ya, ikot bajet & ikot taste sendiri la kan. Mostly barang dari Shopee je & IKEA. Takda satu pon dari SSF. InshaAllah in future kita decor pakai SSF. Heeee..

And takda satu furniture pon lebih RM 800. Memang ikot bajet. Beli shopee ni macam biasa la, kena pasang sendiri macam IKEA jugak. Here u go!







Ni I share living & dining area dulu. Nanti I share dapur pulak. Dapur I super super super small & takda cabinet. I xnak pasang cabinet sebab duduk sekejap je. Nanti in future memang nak kena reno..nak extend. So alang-alang kan. Boleh simpan duit...

Ok, done bebel. I share link okay!

1. Carpet dining area

I pilih carpet jenis velvet ni sebab ringan. I ada anak kecik, bila makan confirm sepah kan. So pakai carpet macam ni je. Senang sapu, senang vacuum, senang lap & sangat ringan. 
Carpet dining size XL


2. Sofa

Sofa I pilih yang ni sebab berkenan ngan design dia. I sanggup tunggu sebulan lebih (Pre-Order). Position sofa ni pon boleh tukar L-shape. Tak nak L-shape pon takpa, boleh remove. Sarung boleh bukak & cuci. Sofa ni pon tak keras. Banyak yang design lain tu bulky, tak lawa. Kalau lawa pon mahal sampai 1k+. I bajet perabot semua bawah 1k je. 


3. TV cabinet

TV cabinet ni I amik 6ft.

4. Dining Table


Dining table ni sekali ngan bench & kerusi. 

5. Artifical Plant



6. Ruqyah

Ni I nak share. Nak masuk rumah baru / lama kosong, kena pasang Ruqyah kan. Yang ni volume kuat.


7. Kallax IKEA

Kallax ni bukan saja-saja I beli. Tu la tempat I sorok barang macam files ke, pinggan mangkuk, plastik etc sebab rumah I takda cabinet dapur & takda store. 

Ni contoh barang I sorok


8. Drona IKEA


Shopee & IKEA, dua-dua kena pasang sendiri okay! Ikea boleh je panggil budak dorang pasangkan tapi bayar lebih la πŸ˜†

Untuk carpet living area, pasu artifical plants, jam dinding: Romantika

Untuk langsir, I tempah. At first I nak orang tu ukur rod je sebab I nak pasang langsir tinggi ceiling tu. Langsir tinggi ceiling, rumah akan nampak luas. Sekali orang tu suruh tempah je, dia siap pasang & iron. Kain beli kat Nagoya. Jangan tanya harga, biasa la harga tempah. 😁 Lagi satu, bila dah letak rod tinggi tu, hati-hati beli yang ready-made sebab nanti lari ukuran. 






****************************************************

Bilik anak I pon banyak yang dari shopee. Playhouse tu, slides, tempat letak toys tu semua shopee. 

Ya I know carpet tu spoiled. Dia je purple situ. I nak pink of course tapi dah sold out. I malas nak tunggu, so amik la purple. Carpet dua-dua Shopee. Stickers pon shopee, wall-shelf pon shopee.

Slides ngan playhouse tu sebenarnya I nak letak kat luar sebab macam semak. Bilik kecik je, tapi my husband soh letak dalam, sis redha. So sis mengalah nak beli Kitchen playset. 



Told ya I prefer minimalist kat dining & living area sebab nak cut time mengemas. Bilik anak I je dah berjam nak kemas. HAHA



****************************

Yang ni pulak our previous tenant punya decor. 





Cantik sangat-sangat dia decor & I really appreciate dorang jaga rumah ni betul-betul.

Kepada yang menyewa atau duduk kuartes, jaga la rumah tu ibarat tu rumah you sendiri, okay! Nak pulangkan balik, tolong bersihkan elok-elok. Kita permudahkan urusan orang, buat orang happy inshaAllah ... Allah akan gandakan. 

Tu je kot nak share setakat ni. Hope u like it. Nanti I share my super super small kitchen. Memang takda cabinet dapur.

 Nak tanya apa-apa, boleh leave comment down below. Thank you! 
Read More

Friday, 27 March 2020

Tips: travelling with an infant / a toddler

Assalamualaikum...

Hari ni hari ke-10 kita dok rumah. Uols buat apa je tuuuu? I wish I ada kat rumah sendiri right now sebab boleh buat banyak benda. I really miss home, tapi takpe lah. Kita stay rumah je diam-diam ye. Doakan family kita especially yang jauh dari kita dilindungi Allah. I dah tahap bosan gila that's why I update blog. Since I dok rumah inlaw and ada maid, there's nothing much that I can do. Kalau rumah sendiri mesti I tak lalu nak update blog ni.

Hari ni I nak share tips macam mana nak travel ngan baby. I know sekarang tak boleh pergi mana-mana. I even tak berani take risk nak naik flight balik Kuching hari tu sebab covid-19 ni. By the way, I anak baru sorang. So tips ni boleh diguna pakai untuk yang ada anak sorang...je kot. LOL. Nak travel ngan baby ni it depends on how old they are. Depends ngan berapa jauh perjalanan tu. Ni I share my own experience my own tips. Lain orang lain cara, lain ragam, lain experience kan. Lagi satu, depends ngan mode of transportation. So far, I pernah naik kete (road trip) ngan naik flight je ngan Nayla. Naik bas I takde pengalaman lagi.

Travel by car paling jauh travel dari Terengganu ke Penang (6 hours drive) macam tu. Direct. Kalau balik JB dari Terengganu (8-9 hours drive) tapi kitorang tak pernah direct. Mesti stop Kuantan (4 hours drive) 1 malam sebab Nayla cranky. Dia cepat letih and bosan dalam kete.

Travel by flight paling jauh I pergi US (Kuching - KL - Singapore - Amsterdam - Atlanta). Can you imagine??? Tapi ni I tak naik sorang. I naik dengan my travel partner: Sofia. Dia pon first time naik flight dengan baby! LOL. Nasib baik ada Sofia ni. Dia familiar travel overseas and dia tolong entertain Nayla kalau I tertidur. Dia pon cakap takleh nak imagine kalau I naik flight berdua je dengan Nayla.




Nayla first flight when she was 3 months old (KUL-KCH). Time tu husband I ada teman lagi. Since tu first time, of course la I struggled gila!!! Nayla nangis nonstop!! Dari take off sampai landing melalak!! Sumpah stress sebab orang sekeliling tengok and I helpless gila tak tahu nak buat apa. Bagi susu taknak apa semua taknak. Sampai orang kat seat belakang tanya "ada puting (pacifier) tak? G sumbat puting"...Nayla pulak fully breastfeed so dia tak pakai puting.

Nayla first flight

Lepas tu (KCH-KBR:2 hours) I balik sorang without my husband. Since then I selalu naik flight berdua je ngan Nayla. Yes, BERDUA. I ada tengok tips kat youtube, travelling with infant tapi tak aci sebab ramai orang teman...boleh gilir-gilir jaga. Kalau yang senasib ngan I terpaksa travel sorang tu....you try la tips I ni k.

For me, flying dengan anak yang senang tu sebelum anak pandai jalan kot. πŸ˜† sebab dorang banyak tido. Dah pandai jalan tu adoiii, satu kapal tu dia nak explore!

Ok ni tips naik flight:

1. Check diaper baby siap-siap
Sebelum nak boarding tu, check diaper baby siap-siap. Kalau berat dah pergi tukar cepat. 

2. Make sure pakaikan anak pakaian yang selesa. 

First time Nayla naik flight I pakaikan fancy-fancy. Sekali haaa...nak cebok payah, pastu dia tak selesa. I pakaikan tight. Nayla so tembam dulu so I bukak tight tu baru dia tak merengek. So sampai Kuching tight tu melayang. Boleh tengok kat gambar tu! 

Ni Nayla 2nd flight. I balik berdua je ngan Nayla. Alhamdulillah I survived. Nervous gak awal-awal sebab takut takleh nak control tapi Alhamdulillah Allah permudahkan. Time tu schoolmate I yang fly so I lega ada geng. Apa-apa I boleh refer dia.  

That's my schoolmate right there. Bini orang dah. Haaaaa.. pakaikan baju macam ni. Baju tido macam ni je kalau naik flight. Takyah nak bekal baju seluar. Bekal baju macam ni je Senang. Ni recommended untuk bawah 6 months old la sebab tak makan lagi kan so najis baby paham-paham la macam mana. Tak payah pakaikan fancy-fancy, nampak je adorable tapi meranaaa. 

3. Jangan bawak banyak beg tangan / hand carried. 

Please check-in sebab nanti banyak sangat barang, jadi kalut serabut. Tend to tertinggal barang you. Dengan anak nangis, nak dukung anak bagai. Serious kalut. So bawak 1 backpack je cukup. Barang-barang penting:
  • Diapers - bawak lebih sebab we never know. Baby kencing ke berak ke cirit ke. 
  • Baju & seluar spare - takut tertumpah ke, termuntah ke
  • Minyak angin - I pakai minyak yuyicap limau. Sapu kat perut, dada, belakang, tapak kaki baby
  • Toys / books - make sure you bekal toys ni sebab takut baby bosan. Ni kalau jenis tak layan gadget.
  • Games - kalau jenis layan gadgets tu you install la games best-best untuk baby you
  • Snacks - once anak dah start makan, ni WAJIB bekal!!
  • Medicine - ubat demam, selsema, batuk and cirit. 4 ni basic and WAJIB letak dalam backpack. Bukan untuk check-in ye. Takut anak tiba-tiba demam, tiba-tiba cirit. Ubat cirit beli yang brand Smecta.
  • Syringe - untuk bagi baby ubat 
  • Vitamin
  • Plastik sampah - ni untuk buang pampers
  • Sanitizer 
  • Sabun - untuk cebok 
  • Wet wipes 
  • Tissue
  • Thermometer
  • Diaper Cream
  • Botol air - ni boleh je letak air terus. Kan ada limit berapa-berapa ml boleh bawak masuk tapi kalau baby, they don't mind. 
  • Fullcream milk - bawak yang size kecik tu. 
Mana yang penting tu you keluarkan dari bag siap-siap. Pack dalam ziplock ke beg kecik ke. Contoh snacks, toys, wipes, tissue. Sebab beg tak boleh letak dekat kaki for safety reason. By the way, untuk makanan baby boleh request baby food. Takyah bawak bekal sangat unless you naik short flight. 

4. Bagi susu during take off & landing

Time ni stress sikit sebab pressure bertukar so telinga baby akan sakit and time ni la anak you nak bangun dari seat la melalak la apa la..time ni kena sabar lebih. Ada jugak passenger sebelah I dulu bagi tips..makcik-makcik. Baik sangat makcik tu. Dia suruh sumbat cotton ball kat telinga baby time take off and landing. It works tapi awal-awal je berkesan. Next-next flight baby taknak dah sebab rimas kot. LOL. I even bought baby earplugs tapi end up tak pakai jugak πŸ˜•

5. Jangan bagi anak tido sebelum naik flight

Kalau boleh, elakkan. Why? Takut dalam flight dia taknak tido dah so you akan kalut. Bagi anak you main sampai letih sebelum naik flight. Nanti automatically dia akan tido dalam flight. Tapi kalau baby you dah nak tidur sangat tu tido je la. Bertabah je la kalau dia terjaga dalam kapal.

6. Jangan kalut masuk flight awal

Walaupon flight akan bagi yang ada anak kecik masuk dulu, you takyah masuk. Masuk last! Yes, LAST! Why? Sebab kalau you masuk awal, takut nanti anak you meragam. Nak tunggu passengers lain lagi nak masuk ambik masa jugak so better you masuk last. Or masuk time nak last-last tu. 

7. Pakai baby carrier

Ni WAJIB kalau naik flight. I memang prefer ni daripada guna stroller. Why?
  • Sebab nanti kot baby you tido, you kena angkat baby you sebab kena lipat stroller then terjaga.
  • Then tak pon, macam AirAsia takde provide aero-bridge kat airport. You kena naik turun tangga. Mana nak angkat baby, mana nak angkat bag, nak angkat stroller bagai. 
  • Or anak you taknak duduk dalam stroller, nak you dukung jugak! So mana nak tolak stroller, tolak luggage, dukung baby semua. 
  • senang nak breastfeeding! Breastfeed-on-the-go gitu. 
Kalau you bawak stroller, you boleh check-in siap siap or just drop dekat gate (depan pintu kapal). Make sure dorang bagi tag kat stroller tu. Ada flight boleh bawak masuk stroller letak kat cabin. Macam AirAsia or MAS ikot size. Macam I stroller GB pockit tu memang cabin size tapi since takde sarung, tak boleh bawak naik. Macam I naik Emirates, dorang bagi je I bawak masuk stroller walaupon takde sarung. 

8. Pilih seat flight

Untuk infant umur bawah 2 tahun, dapat free seat (duduk atas lap). LOL..tipu. Takde la free cuma kena bayar sikit je. Atas 2 tahun dah kira toddler dah so harga sama harga adult. Tapi kalau you ada rezeki lebih, I prefer you beli 1 seat untuk infant tu. Kalau long haul flight la. Serious you takkan menyesal... Ok, so seat ni ada 2 pilihan. Ni choice untuk rakyat marhaen macam I (economy seat):

Legroom seat
seat depan sekali

Ada pros and cons gak seat ni.

Pros: 
πŸ’— Luas. You boleh streching kaki. Anak boleh duduk bawah tu.
πŸ’— Anak tak sepak-sepak kerusi depan. 
πŸ’— Seat sebelah I dulu Russian passenger siap bekal air mattress size baby. Tapi still, anak dia taknak tidur bawah tu. That time baya Nayla setahun lebih. 

Cons:
πŸ’— Kalau anak breastfeed, sempit sebab tak boleh naikkan armrest tu
πŸ’— Kalau anak you tak layak dapat bassinet, anak nak tidur payah sebab again...takleh naikkan armrest.

Boleh request bassinet. Ni depends ngan airlines policy gak. Macam I hari tu request bassinet untuk KLM dengan Emirates, dorang cakap maximum baby 9 months old je boleh (ikot panjang baby). Tapi ada kawan I naik MAS ngan Qatar, anak dorang semua setahun lebih...dorang provide jugak bassinet. 

Normal seat
Time ni naik Delta Airlines. Kitorang bernasib baik sebab seat sebelah I takde orang. So Ada seat untuk Nayla. Selesaaaa sebab tak payah dukung. Macam I cakap, ada rezeki lebih please purchase extra seat. 
See. Dia nak tidur pon senang...berbanding dengan seat yang legroom tu sebab seat biasa ni boleh naikkan armrest. Tapi tu la, dia dok sepak-sepak kerusi orang depan. Heeeeee. 


Window Seat
Ni especially kalau you breastfeeding, pilih window seat so that you senang nak selak. Kalau seat tengah or sebelah isle (lorong) tu, payah orang kiri kanan nampak. Seat ni you beli siap-siap. Jangan time you dah masuk baru nak tukar seat. You nak tidur pon senang, boleh landing kat window tu. Tapi kannn... I dunno. Ni I prefer untuk short haul flight la. Kalau long haul I prefer Isle seat.

Isle Seat
Ni recommended untuk long haul flight sebab senang you nak jalan-jalan kalau anak you meragam or nak pergi toilet or nak ambik minuman (jgn malas, jgn dok mintak aircrew amikkan). Kalau nak breastfeed, tutup dengan tudung or kain or selimut je. 

Empty Row seat
Ni seat bertuah. Satu row tu kosong. Nak tips ni speacial sikit. You kena pm I. 😝😜😚

9. Beli travel insurance

Ni especially bila you travel negara orang. We never know what happen. Tengok husband I dah cukup, tetibe mild stroke and warded kat hospital in USA. 

10. Pilih flight malam

Elak pilih flight awal pagi sebab kesian nak kejutkan baby weyh! Kalau boleh amik flight malam so that memang dah kena dengan time tidur dorang. 

11. Long haul flight. Connecting ke Direct? 

Depends. For me, kalau Connecting you boleh rest tapi make sure gap tu jauh sikit so that you tak terkejar-kejar nak naik next flight. Kalau Direct pulak you tak renyah sangat tapi kesian baby la pishang duduk dalam flight lama-lama. 

Tu je kot tips I nak share. Jadi parent ni memang banyak sabar, banyak kena belajar. Sabar, sabar and sabar. 








Read More

Social Profiles

Facebook Instagram LinkedIn RSS Feed Email

Hii Readers!

Hii Readers!
This is my personal blog. I love to share experiences, knowledge, and stuffs. Blog ni basically pasal mak-mak, travel, tips..blog santai jak bah.

Popular Posts

Copyright © xoniisa | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes and Xoniisa | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com